KIRAAN ZAKAT KE ATAS ASB | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » KIRAAN ZAKAT KE ATAS ASB

KIRAAN ZAKAT KE ATAS ASB

KIRAAN ZAKAT KE ATAS ASB
 
Soalan:
Bagaimanakah kaedah pengiraan zakat ke atas ASB?

Jawapan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Na mun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.

Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:



Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi tahun kewangan (t.k) 2019 adalah sebagaimana berikut :

Perkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.

Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

Contoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = ….. x2.5% = Zakat
*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa
 
 
NISAB 2021 : RM 20,920.00
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan di 010-789 8566 (Hotline WAZAN) atau emelkan ke wazan@upm.edu.my
 
Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.
 
Sekian,
 
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.
 
  -- 
"Wakaf dan Zakat, Membawa Berkat"
 
Muhammad Aiman Bin Radhowan
Seksyen Dakwah dan Pemasaran
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen,
Universiti Putra Malaysia
 

Tarikh Input: 26/01/2021 | Kemaskini: 26/01/2021 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYDAi~