KELEBIHAN PEMBAYARAN ZAKAT DI UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » KELEBIHAN PEMBAYARAN ZAKAT DI UPM

KELEBIHAN PEMBAYARAN ZAKAT DI UPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Zakat UPM telah dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor sebagai penolong amil IPT dan membolehkan UPM untuk mengutip zakat sepertimana yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor.

Tujuan UPM menjadi penolong amil bagi Lembaga Zakat Selangor adalah untuk memudahkan warga UPM serta masyarakat di sekitar UPM untuk menunaikan kewajipan berzakat, kami juga menyediakan Skim Potongan Gaji zakat kerana ia lebih memudahkan kakitangan UPM menunaikan ibadah zakat secara berterusan dan ia meringankan beban pembayar dengan membayar secara ansuran bulanan.

Bagi kutipan zakat UPM, segala perolehan di UPM akan dipulangkan kepada Lembaga Zakat Selangor  sebanyak 100% dan Lembaga Zakat Selangor akan mengembalikan sebanyak 50% untuk diagihkan kepada warga UPM sahaja. Berdasarkan perjanjian antara UPM dengan Lembaga Zakat Selangor, iaitu, UPM hanya dibenarkan untuk mengagihkan zakat kepada lima(5) daripada lapan(8) asnaf sahaja :

1)      Fakir

2)      Miskin

3)      Muallaf

4)      Ibnu Sabil

5)      Fisabilillah

Dengan ini, pembayar zakat telah mengetahui kemana wang zakat akan disalurkan dan ia turut membantu pelajar dan juga pekerja UPM yang memerlukan wang zakat untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

 

Kaedah menerusi Skim Potongan Gaji telah dipersetujui oleh Majlis Fatwa sejajar dengan kemaslahatan dan kebajikan orang Islam. Bayaran ansuran secara bulan telah pun di praktikkan sebahagian besar masyarakat di Malaysia.

Kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk melunaskan Qadha Zakat iaitu harta yang belum dizakatkan seperti emas, wang simpanan, dan  perniagaan walaupun telah cukup nisab dan haul. Perkara ini atau baru timbul kesedaran dalam hati kita. Kaedah ini dapat meringankan dan memudahkan sesorang untuk pelbagai situasi dari bulan ke bulan yang seterusnya.

Kesimpulanya, islam adalah agama yang mudah, tidak memberati untuk umatnya melaksanakan perintah Allah. Sebagaimana firmanNya didalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud “Allah tidak memberati sesorang melainkan apa yang terdaya olehnya”.

Oleh itu, bayaran zakat secara ansuran melalui Skim Potongan Gaji memudahkan serta meringankan kita untuk melaksanakan perintah Allah secara berterusan (istiqamah)

Nisab Semasa : RM20,978.00

 

Mengapa perlu tambah caruman bulanan zakat?

- Pendapatan dan harta bertambah

- Menunaikan zakat dengan jumlah yang tepat

- Menunaikan hak orang lain yang ada pada pendapatan kita

- Membersihkan dan menyuburkan harta kita

- Keberkatan berganda apabila menunaikan zakat

 

Bagaimana?

Taksir/Kira semula jumlah zakat pendapatan/harta di link https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/

- Isi borang bayaran zakat potongan gaji melalui sistem e-barakah https://wazan.upm.edu.my/ebarakah-3433 atau http://ewazan.upm.edu.my/

 

- Hantarkan borang yang telah lengkap ke Kaunter Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen atau emelkan ke alamat wazan@upm.edu.my

 

Bagaimana Cara Menunaikan Zakat di UPM?

 

Klik https://bit.ly/3fG1Ra9 untuk menunaikan zakat anda. Anda juga boleh mengimbas KOD QR yang tertera dalam e-poster.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di En. Aiman (011-29232379) / En. Afiezee (019-6925923) atau Hotline WAZAN (010-7898566) atau layari http://www.wazan.upm.edu.my

 

Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.

 

Sekian,

 

“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.

 

 

Seksyen Dakwah Dan Pemasaran

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)

Universiti Putra Malaysia

Hotline : 010-7898566

Emel    : wazan@upm.edu.my

Tarikh Input: 31/08/2021 | Kemaskini: 15/03/2023 | mazrol

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDcUAW~