2025 | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN) 127
» ZAKAT » Distribution » 2025

2025

 
Melalui jumlah yang berjaya dikutip bagi tahun 2025, sejumlah RM3.70 juta telah disalurkan kepada lima kategori utama asnaf dalam kalangan warga UPM. Pelajar merupakan penerima bantuan tertinggi dengan jumlah RM1,968,342.24 (53.12%), diikuti dengan bantuan program sebanyak RM942,703.50 (19.9%) staf sebanyak RM589,954.50 (15.89%) dan bantuan fasiliti pembelajaran (bilik kuliah) universiti sebanyak RM 200,000.00 (11.09%).
 
Agihan ini juga melibatkan kategori asnaf seperti fakir RM602,566.00 (19.64%), miskin RM447,113.00 (14.57%), fisabilillah RM 1,890,901.92 (61.62%), ibnu sabil RM5,159.00 (0.17%), dan muallaf RM16,600.00 (0.54%).membuktikan bahawa bantuan disalurkan secara menyeluruh dan tepat kepada golongan asnaf yang benar-benar layak.
 
Agihan Bantuan zakat ini turut diperincikan kepada permohonan bantuan menerusi Portal eWAZAN yang mana melibatkan 1,772 permohonan termasuklah 75 permohonan pelajar PhD/Master, 1,497 permohonan pelajar Ijazah Sarjana Muda (Bacelor), 174 permohonan pelajar Diploma dan 26 permohonan pelajar Asasi. Disamping itu juga, agihan bantuan ini diperincikan kepada bilangan pelajar dari fakulti dan institut (rujuk data: Kategori Fakulti).
 
Tahun 2025 juga, WAZAN telah memperluaskan agihan zakat kepada warga anak-anak syarikat UPM (UPM Holding & Putra Business School) dan Koperasi UPM Berhad (KUPUTRA) sebagai penerima dana zakat. Selain itu, dana zakat diperluaskan kepada bantuan fasiliti pembelajaran (bilik kuliah) iaitu kerjasama menaik taraf Smart Class Room di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) dan Smart Class Room di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM).

Updated:: 03/08/2026 [rizal_helmi]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (03:30:26am-03:35:26am, 06 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]