DELEGASI UM DAN USIM KE WAZAN UPM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » DELEGASI UM DAN USIM KE WAZAN UPM

DELEGASI UM DAN USIM KE WAZAN UPM

Oleh: Mohd Rizal Helmi bin A Razak
 
 
UPM SERDANG, 31 MEI - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM menerima kunjungan delegasi daripada Pusat Alumni dan Pembangunan Strategi Universiti Malaya (UM) dan Pusat Wakaf dan Zakat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam sesi penanda aras di sini hari ini.
 
Sesi kunjungan penanda aras tersebut dijalankan adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan model penubuhan WAZAN yang dibangunkan sejak tahun 2016, aspek kutipan dan aspek agihan zakat, wakaf dan endowmen di UPM.
 
 
 
Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pusat Alumni dan Pembangunan Strategi, Universiti Malaya dan Pegawai Bendahari dari Pusat Wakaf dan Zakat, USIM ini telah disambut oleh Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang di pejabat WAZAN.
 
Disamping itu juga tujuan delegasi tersebut adalah bertujuan untuk berkongsi info berkaitan penjanaan dan pendaan melalui sumber ketiga di Universiti Awam.
 
 
Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah pegawai-pegawai Pusat Alumni dan Pembangunan Strategi, Universiti Malaya, Pusat Wakaf dan Zakat, USIM serta pegawai WAZAN iaitu Tn. Hj. Haris Dahlan, Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, En. Mohd Rizal Helmi bin A Razak, Ketua Seksyen Dakwah dan Pemasaran, dan En. Mohd Azrol Hafizi Azman, Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu.
 
Majlis penyampaian cenderahati kepada delegasi UM dan USIM disampaikan oleh Pengarah WAZAN UPM.
 
 

Date of Input: 31/05/2022 | Updated: 04/10/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdRAE~