ZERO TO HERO TINGKAT PELUANG TINGKATKAN PENDAPATAN ASNAF | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » ZERO TO HERO TINGKAT PELUANG TINGKATKAN PENDAPATAN ASNAF

ZERO TO HERO TINGKAT PELUANG TINGKATKAN PENDAPATAN ASNAF

Disediakan oleh: Dr. Irwan Syah Md. Yusof | irwansyah@upm.edu.my
Disunting oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak | rizal_helmi@upm.edu.my
 
 
PENGENALAN
 
Program Zero to Hero@WAZAN anjuran Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia UPM adalah suatu wadah untuk memberikan peluang kepada staf B40 di UPM untuk mempertingkatkan pendapatan. Program ini dibina berteraskan kepada elemen kesedaran, pemahaman, pelaksanaan dan pendayaupayaan yang lebih dikenali sebagai 1K3P. Kesemua modul-modul yang digunakan dalam program adalah berorientasikan kepada elemen 1K3P.
 
Program ini adalah bertujuan antara lain untuk membantu meningkatkan kemahiran dan pendapatan staf B40 UPM dengan menggunakan pendekatan Waste To Wealth@Wazan (3W).
 
 
OBJEKTIF
 
Objektif sudah semestinya antara yang dititikberatkan dalam pembuatan sesuatu program. Ianya sebagai satu matlamat untuk mencapai misi dan visi penganjuran program tersebut. Antaranya ialah:
 
  1. Memberi kesedaran dan pendidikan: Advokasi kendiri, pengurusan kewangan dan pengurusan makanan dalam kalangan staf B40 UPM. Tajuk bengkel dan aktiviti utama yang dijalankan sebagai contoh Sampah dan Pengurusannya oleh Dr. Zuroni Md. Jusoh, Awak ni kreatif kerrr? oleh Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli & Ts. Dr. Muhammad Heikal Ismail;
  1. Memberi kesedaran dan pendidikan: Advokasi kendiri, pengurusan kewangan dan pengurusan makanan dalam kalangan staf B40 UPM. Tajuk bengkel dan aktiviti utama yang dijalankan. Contohnya Pemikiran Kreatif oleh Ts. Dr. Mohd. Shahrizal Dolah dan Integrasi Idea Kreatif oleh Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli;
  1. Memberi kesedaran dan pendidikan: Advokasi kendiri, pengurusan kewangan dan pengurusan makanan dalam kalangan staf B40 UPM. Tajuk bengkel dan aktiviti utama yang dijalankan, contohnya Penjanaan Idea Kreatif oleh Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli;
  1. Memberi kesedaran dan pendidikan: Advokasi kendiri, pengurusan kewangan dan pengurusan makanan dalam kalangan staf B40 UPM. Tajuk bengkel dan aktiviti utama yang dijalankan, contohnya Kreatif dan Kreativiti oleh Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli dan Sisa Makanan dan Kompos oleh Ts. Dr. Muhammad Heikal Ismail.
 
 
KELEBIHAN PROGRAM
 
Kelebihan yang diperoleh dari program ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah, antaranya:
 
  1. Memberi pengenalan dan gambaran awal mengenai program yang akan dijalankan kepada peserta. Selain itu, mendapat persetujuan peserta dalam memberi komitmen keterlibatan.
  2. Dapat memberi pendedahan serta pengenalan kepada peserta untuk menjana idea dan kreativiti yang terpendam dengan menggunakan pendekatan Research and Development (R&D) terhadap sesuatu produk yang ingin dilakukan seperti aktiviti seni kraf.
  3. Memberi pendedahan untuk keyakinan kreatif serta menentukan minat berdasarkan aktiviti ice-breaking berdasarkan integrasi pemikiran kreatif melalui sumbang saran setiap peserta terhadap pengetahuan, persekitaran dan hasil.
  4. Dapat memberi pendedahan kepada peserta untuk menjana idea dan kreativiti yang terpendam dengan menggunakan pendekatan Research and Development (R&D) terhadap sesuatu produk yang ingin dilakukan seperti aktiviti seni kraf.
  5. Memberi pendedahan kepada peserta secara praktikal untuk melakukan projek kompos dan kraf. Peserta yang cenderung kepada kraf dibimbing oleh pakar dalam menghasilkan produk bernilai komersial.
 
Sumber: Laporan Program Zero To Hero@WAZAN Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Date of Input: 31/08/2022 | Updated: 01/09/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaIAn~