ZAKAT ANDA, HARAPAN BUAT YANG MEMERLUKAN
Tahukah anda, dana zakat yang disalurkan oleh anda melalui Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjadi sumber kekuatan dan sokongan penting kepada golongan yang amat memerlukan, khususnya asnaf fakir, miskin dan muallaf. Ketiga-tiga golongan ini termasuk dalam kategori muqaddam (terawal) yang diberi keutamaan dalam agihan zakat sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
Sehingga kini, sejumlah RM1,054,734.00 (29.37%) telah disalurkan kepada asnaf fakir, RM794,831.00 (22.13%) diagihkan kepada asnaf miskin, manakala RM15,800.00 (0.4%) kepada Muallaf. Dana zakat ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar UPM yang menghadapi pelbagai kesulitan dalam kehidupan harian, terutamanya dari segi kewangan. Bantuan yang diberikan bukan sahaja meringankan beban yang ditanggung, malah memberi semangat dan kekuatan kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran serta membina masa depan yang lebih baik.
WAZAN UPM sentiasa komited untuk menyalurkan bantuan zakat dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Justeru itu, ayuh bersama-sama terus menyokong usaha ini dengan menunaikan zakat melalui saluran rasmi WAZAN UPM.
Sekian.
''MALAYSIA MADANI''
''BERILMU BERBAKTI''
Saya yang menjalankan amanah
MOHD RIZAL HELMI A RAZAK
Ketua
Seksyen Dakwah dan Pemasaran
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
Date of Input: 31/05/2025 | Updated: 31/05/2025 | rizal_helmi
MEDIA SHARING