TINGKATKAN IBADAH BERZAKAT PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » TINGKATKAN IBADAH BERZAKAT PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADAN

TINGKATKAN IBADAH BERZAKAT PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADAN

RAMADAN sudah hampir sampai ke penghujungnya. Tahukan anda? RASULULLAH SAW mempertingkatkan amal ibadah baginda pada 10 hari terakhir bulan Ramadan melebihi dari waktu lain dalam kehidupannya.
 
“Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh (beribadah) pada 10 hari terakhir (bulan Ramadan), melebihi kesungguhan beribadah di selain (malam) tersebut,” (HR. Muslim).
 
10 hari terakhir ini merupakan penutupnya bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Tambahan pula, kita pasti mendabakan keindahan lailatul qadar (malam kemuliaan) kerana pahala ibadah pada waktu tersebut menyamai pahala beribadah selama 1000 bulan.
Dalam kesibukan membuat persiapan hari raya, kita juga seharusnya mengimarahkan dan menghidupkan 10 hari terakhir ini dengan amal ibadah. Antara ibadah yang boleh dilakukan adalah seperti iktikaf di masjid, memperbanyakkan membaca al-Quran, bersedekah/berzakat, berzikir, menunaikan solat sunat seperti dhuha,tahajud,tasbih dan banyak lagi.
 
BERSEDEKAH/BERZAKAT
 
Ramadan bulan yang padanya diturunkan al-Quran, difardukan puasa, digalakkan berinfaq dan berzakat. Selain bulan yang dilipat-gadakan ganjaran pahala sehingga 70 kali ganda dan jika Allah kehendaki, Allah akan gandakan sehingga 700 kali ganda.
 
Ibn Abbas RA berkata “Nabi S.A.W ialah orang yang paling dermawan dan lebih dermawan lagi ketika bulan Ramadan, dan kedermawanan Nabi adalah lebih kencang daripada angin yang berhembus” (HR al-Bukhari dan Muslim).
 
Berzakat menyempurnakan ibadah puasa dengan menyeimbangi antara ibadah ritual (menjaga hubungan dengan Allah seperti solat) dan ibadah sosial (hubungan sesame manusia seperti barsedekah dan berzakat) sekaligus meningkatkan kualiti ibadah dan iman. Hal ini sebagaimana Allah jelaskan dalam al-Quran Surah Al-Sajdah ayat 16:
 
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (As-Sajdah: 16).
 
Maka, bulan Ramadan semestinya menjadi keutamaan kita untuk memaksimumkan infaq, zakat dan sedekah kerana kelebihan dan ganjaran yang berlipat-ganda sebagai hadiah daripda Allah S.W.T kepada hambaNya yang soleh.
 
Nisab Semasa : RM19,973.00
 
JOM TUNAIKAN ZAKAT HARTA DAN ZAKAT FITRAH DI WAZAN UPM

Tarikh Input: 27/04/2022 | Kemaskini: 27/04/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdRAM~