SEDEKAH - SIRI 2 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » SEDEKAH - SIRI 2

SEDEKAH - SIRI 2

 
Sambungan siri 1
 
BAGAIMANA JIKA ORANG MISKIN INGIN BERSEDEKAH
 
Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya. Selepas itu, kalau ada yang berlebih daripada yang diperlukannya, barulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain. Hal ini diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu dalam keadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia terlebih dahulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini.” (Riwayat Ahmad)
 
 
JOM BERSEDEKAH MELALUI WAZAN UPM
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM mengajak umat Islam untuk menyuburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan. Segala amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:
 
وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا.
 
Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah Al-Muzzammil: 20)
Pada masa ini pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan melalui dana sumbangan yang diterima daripada sedekah antaranya ialah:
  1. Bantuan COVID-19;
  2. Bantuan mangsa banjir;
  3. Bantuan pasca mangsa banjir;
  4. Bantuan segera;
  5. Bantuan pek barangan asas;
  6. Bantuan Pay Foward;
  7. Bantuan pelajar susah; dan
  8. Free Meal dan food bank.

Tarikh Input: 22/02/2022 | Kemaskini: 22/02/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETKAs~