INISIATIF PUTRA CAKNA - “CAKNA BARISAN DEPAN” | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » INISIATIF PUTRA CAKNA - “CAKNA BARISAN DEPAN”

INISIATIF PUTRA CAKNA - “CAKNA BARISAN DEPAN”

INISIATIF PUTRA CAKNA “CAKNA BARISAN DEPAN”
 
UPM SERDANG - Kesejahteraan warga UPM adalah menjadi keutamaan ketika pandemik COVID-19 yang melanda negara. Cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh warga UPM perlu disantuni dan ditangani agar mereka dapat terus komited dan memberikan fokus secara seimbang dalam menguruskan kehidupan profesional dan peribadi masing-masing.
 
Sebagai komitmen bagi meningkatkan kesejahteraan warga UPM dan memperlihatkan kecaknaan pengurusan Universiti terhadap aspek ini, maka Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM dan Sahabat Masjid UPM telah menyahut baik inisiatif PUTRA CAKNA melalui satu Program “Cakna Barisan Hadapan” telah dilaksanakan melibatkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) barisan hadapan UPM iaitu Bahagian Keselamatan Universiti, Pusat Kesihatan Universiti dan Pusat Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan UPM.
 
Yg Berbahagia Naib Canselor, Prof Dr. Mohd Roslan Sulaiman telah menyampaikan sumbangan 397 kotak Pelitup Muka (Facemask) kepada Ketua PTJ barisan hadapan UPM iaitu ASP Ibrahim Bin Hassan, Ketua Seksyen Pengurusan Operasi, Bahagian Keselamatan Universiti; Dr. Fauziah Adnan, Ketua Pusat Kesihatan Universiti; dan Prof. Madya Dr. Mohd Rafee Baharuddin, Pengarah Pusat Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan UPM. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman mengucapkan ribuan terima kasih kepada WAZAN UPM dan Sahabat Masjid UPM atas keprihatinan mereka terhadap petugas barisan hadapan UPM melaksanakan tugas mencegah penularan wabak Covid-19. Beliau juga berharap Inisiatif Putra Cakna ini dapat dikembangkan lagi dengan pelbagai program dan aktiviti di peringkat staf dan pelajar UPM.
 
Menurut Pengarah WAZAN UPM, semoga dengan sumbangan melalui Program “Cakna Barisan Hadapan” ini dapat meringankan bebanan kos yg terpaksa ditanggung oleh petugas barisan hadapan UPM dalam membuat persediaan untuk bertugas semasa PKP yang pastinya banyak kos yang diperlukan akibat normal baharu yang akan dilaksanakan. Manakala Pengerusi Sahabat Masjid UPM Bukryman Sabri berkata Sahabat Masjid UPM bersedia menjadi penghubung dan jambatan antara staf UPM dan WAZAN berkaitan perkara-perkara kebajikan dan keperluan mereka di kala PKP ini.
 
Inisiatif PUTRA CAKNA ini bermatlamat meningkatkan kesejahteraan warga UPM mendepani situasi mencabar akan datang dan memfokuskan kepada kesejahteraan Warga UPM secara lebih komprehensif serta inklusif.

Tarikh Input: 12/07/2021 | Kemaskini: 12/07/2021 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdRAJ~