PENDEKATAN FILANTROPI DAKWAH DALAM MEMBANGUN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » PENDEKATAN FILANTROPI DAKWAH DALAM MEMBANGUN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

PENDEKATAN FILANTROPI DAKWAH DALAM MEMBANGUN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

Dakwah adalah seruan dan aktiviti untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja amal demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Dimensi kesejahteraan yang menjadi matlamat dan rancangan dakwah merangkumi kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Rancangan kebajikan boleh dianggap sebagai pelaksanaan konsep filantropi melalui aktiviti, program dan pendekatan dakwah.

Justeru, dakwah dan filatropi adalah saling berkaitan dan relevan. Proses perluasan dan pembangunan dakwah dilihat lebih berkesan sekiranya pendekatan filantropi diterapkan secara sistematik dan berterusan kepada mad'u (sasaran dakwah).

Terdapat pelbagai pendekatan  filantropi yang boleh  dilaksanakan  konteks dakwah   untuk  kesejahteraan masyarakat iaitu melalui kerja-kerja kebajikan (menyantuni fakir, miskin, gelandangan, anak yatim), khidmat sosial, zakat, sedekah, infaq dan ziarah.

PRINSIP FILANTROPHY ISLAM

Islam adalah meluas dan bersifat rahmatan lil alamin telah memberi perhatian kepada usaha dakwah philantrophy bagi meningkatkan kualiti hidup seterusnya membina kesejahteraan hidup manusia. Dalil-dalil berhubung philantropi dakwah dizahirkan dalam bentuk infaq, sedekah dan kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan sepertimana disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 270, 271, 272, 273 & 274 (persoalan infaq), Surah al-Ma’idah, ayat 2 (suruhan bantu membantu dalam perkara   kebaikan/kebajikan) dan ayat 48 (Berlumba-lumba melakukan kebajikan dan amal soleh) dan lain-lain. Secara lebih khusus atau prinsip filantropi yang digariskan al-Qur’an adalah meliputi aspek-aspek berikut:

1.Amalan   bersedekah.   Firman   Allah   dalamSurah   al-Baqarah, ayat   270   yang bermaksud:

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika  kamu menyembunyikannya  dan  kamu  berikan  kepada  orang-orang fakir,  maka  menyembunyikan  itu  lebih  baik  bagimu.  Dan Allah akan menghapuskan  dari  kamu  sebagian  kesalahan-kesalahanmu;  dan  Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

2.Melakukan infaq, Surah al-Baqarah, ayat 274

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di sian hari secara  tersembuny dan terang-terangan,  maka  mereka  mendapat  pahala di  sisi  Tuhannya.  Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”.

3.Perintah dan galakan bantu membantu dalam soal kebajikan atau kebaikan. Firman Allah dalam Surah al-Ma’idah, ayat 2 yang bermaksud:

“Dan tolong-menolonglah   kamu   dalam (mengerjakan)  kebajikan   dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”

4.Gesaan berlumba-lumba   melakukan kebajikan, Surah al-Ma’idah, ayat 48 yang bermaksud:

“Berlumba-lumbalah berbuat kebajikan”

5.Memberi perhatianatau caknaterhadap anak yatim dan orang miskin lagi memerlukanserta larangan meminggirkan mereka sebagaimana termaktub dalam Surah al-Dhuha dan al-Ma’un:

“Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang, dan    terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya”. (Surah al-Dhuha:9-10)

Sehubungan dengan itu orang yang mengherdik anak yatim dan tidak peduli kepada orang miskin dilabel pendusta agama:

“Tahukah kamu orang yang mendustai agama?” (Surah al-Ma’un 107: 1) “Itulah orang yang menghardik anak yatim” (Surah Al-Ma’un107:2) “dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin” (Al-Ma’un 107:3)

Filantophy menurut sudut pandang Islam berdasarkan pembahagian filantrophy wajib dan sukarela boleh dilaksanakan melalui medium yang bersifat makro atau berskala besar melalui zakat dan wakaf.

 

Rujukan: Don, A. G., Puteh, A., Muhamat @Kawangi, R., & Mohd. Nasir, B. (2020). Pendekatan Filantropi Dakwah Dalam Membangun Kesejahteraan Masyarakat. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance1(1), 44-56.

Laman web: https://azjaf.zakat.com.my/index.php/azjaf/article/view/9/7

Date of Input: 31/03/2022 | Updated: 31/03/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEbAAa~