LIPAT GANDAKAN PAHALA KITA DENGAN BERWAKAF DI BULAN RAMADAN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » LIPAT GANDAKAN PAHALA KITA DENGAN BERWAKAF DI BULAN RAMADAN

LIPAT GANDAKAN PAHALA KITA DENGAN BERWAKAF DI BULAN RAMADAN

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh barakah yang mana pada bulan ini Allah SWT memberikan kesempatan kepada umat Islam untuk memperbanyakkan amal ibadah. Pada bulan ini juga Allah akan melipatgandakan pahala bagi setiap umat yang melakukan amal kebaikan.

 

Selain daripada ibadah utama yang dijalankan seperti berpuasa, solat berjemaah, solat sunat tarawih, solat sunat witir, qiamullail dan tadarus al-Quran, infaq dan sedekah juga menjadi amalan yang sangat dinantikan oleh setiap umat Islam khususnya para dermawan yang senantiasa bersedia untuk berinfak bagi tujuan ihya’ Ramadan.

 

Firman Allah yang bermaksud:

 

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh"

(surah Al-Munafiqun ayat 10)

 

Oleh itu, jom lipat gandakan pahala kita dengan berwakaf serendah RM1 di Bulan Ramadan ini.

 

Dengan WAKAF yang disalurkan, anda berpeluang menyertai kempen cabutan bertuah dan mendapatkan sampul raya percuma di WAZAN UPM.

 

Klik pautan https://wazan.upm.edu.my/mysadaqah/wakaf_tunai_ilmu_upm-13679?L=bm atau imbas kod QR yang tertera untuk berwakaf.

Date of Input: 20/03/2024 | Updated: 20/03/2024 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXFVMAa~