MULIANYA AMALAN MENCINTAI HAIWAN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » MULIANYA AMALAN MENCINTAI HAIWAN

MULIANYA AMALAN MENCINTAI HAIWAN

MULIANYA AMALAN MENCINTAI HAIWAN
 
SIFAT penyayang adalah antara ciri peribadi Muslim sejati. Islam menekankan sikap penyayang bukan saja sesama manusia tetapi terhadap makhluk Allah yang lain.
 
Makhluk selain manusia di dunia dijadikan Allah SWT bukannya sia-sia atau sekadar penghias alam tetapi Allah SWT menyediakannya untuk manfaat kehidupan manusia juga.
 
Demikian juga dengan penciptaan haiwan, ia penting daripada pelbagai sudut antaranya sebagai keseimbangan ekologi dan ekosistem alam.
 
Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan.
 
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.”
Riwayat Muslim (1955)
 
Oleh itu, WAZAN mengajak anda untuk menyumbang ke tabung WAKAF Fasiliti Hospital Veterinar Universiti (UVH) dalam membantu haiwan yang memerlukan.
 
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-
ï´¿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌Û— وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌Û— وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ï´¾
سورة البقرة : ۲٦١
Mafhumnya :-
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )
 
Pautan sumbangan ke Tabung Wakaf Fasiliti UVH dipautan:
 
 
 

Date of Input: 31/05/2022 | Updated: 10/06/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEVAAY~