KEWAJIPAN MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KETIGA – IBADAH ZAKAT. | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » KEWAJIPAN MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KETIGA – IBADAH ZAKAT.

KEWAJIPAN MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KETIGA – IBADAH ZAKAT.

KEWAJIPAN MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KETIGA – IBADAH ZAKAT.
 
  1. Zakat dari segi bahasa bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat dan penerima zakat.
 
  1. Zakat dari segi syarak bermaksud mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.
 
  1. Hukum menunaikan zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Terdapat beberapa Dalil-dalil didalam Al-Quran menyebut mengenai kewajipan menunaikan zakat. Diantaranya adalah seperti berikut:
 
Surah At-Taubah (ayat 103):
”Ambillah zakat daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
 
Surah An-Nur (ayat 56):
“Laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat.”
 
Surah Al-Baqarah (ayat 83):
“Dan (ingatlah) ketika kami mengambil janji dari Bani Israil. Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin. Dan bertutur-katalah yang baik kepada manusia, laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. Tetapi kemudian kamu berpaling (mengingkari) kecuali sebahagian kecil dari kamu dan kamu (masih menjadi) pembangkang.”
 
  1. Jelas beberapa petikan ayat Al-Quran tersebut adalah sebagai peringatan kepada umat Islam dalam menguruskan harta dengan sebaiknya kerana semua rezeki yang diterima sebenarnya adalah hak mutlak Allah SWT dan wajib untuk diagihkan jumlah atau bahagian tertentu kepada golongan Asnaf yang layak dan lebih memerlukan.
  1. Sifat sayangkan harta adalah satu lumrah bagi setiap manusia, namun bagi orang yang berzakat akan menerima pelbagai ganjaran bukan sahaja di dunia, bahkan diakhirat kelak. Ganjaran bagi orang yang berzakat boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk seperti dapat membersihkan harta yang diperolehi, rumah tangga berada dalam keadaan harmoni dan memperolehi anak-anak yang soleh dan solehah.
  2. Secara umumnya, zakat dapat membersihkan diri pembayar zakat, mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dikalangan golongan yang berada serta mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik. Semoga dengan amalan berzakat ini dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT sekaligus dapat memupuk kesedaran orang Islam bagi menunaikan rukun islam yang ketiga (3) ini.

 

 
Sumber:
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (muip), Lembaga Zakat Selangor.
 
Artikel disediakan oleh:
Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf
WAZAN UPM
 
Disunting oleh
Seksyen Dakwah dan Pemasaran
WAZAN UPM
 

Date of Input: 23/02/2021 | Updated: 24/02/2021 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEXQAb~