INFO WAZAN - Zakat Boleh Memperkembangkan Harta | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » INFO WAZAN - Zakat Boleh Memperkembangkan Harta

INFO WAZAN - Zakat Boleh Memperkembangkan Harta

INFO WAZAN - Zakat Boleh Memperkembangkan Harta
 
Soalan : Bagaimanakah zakat boleh memperkembangkan harta sedangkan zakat adalah harta yang dikeluarkan daripada harta kita sendiri ?
 
--
 
Jawapan : Antara maqasid dalam pensyariatan zakat ialah perkembangan harta itu sendiri. Allah telah menyebut secara jelas manfaat zakat sebagai “ويربي الصدقات” yang bermaksud Allah mengembangkan harta sedekah atau zakat.
 
Firman Allah, maksudnya: “Allah hancurkan (kebaikan harta yang dijalankan) dengan mengambil riba dan menyuburkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah dan zakatnya”. (Surah Al-Baqarah 2 : 276)
 
Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad) : dan apa-apa yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya. Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah Saba’ 34 : 39)
 
Jelasnya, Allah Taala akan menggantikan harta yang didermakan dengan harta yang lain di dunia ini dan menggantikannya dengan pahala yang berlipat kali ganda. Pensyariatan zakat tersebut juga mendorong kita untuk menjalankan perniagaan dan menambahkan pendapatan.
 
Umar Al-Khatab berkata kepada penjaga anak yatim : “Berniagalah dengan harta anak yatim agar ia tidak dimakan oleh sedekah(zakat).” (Al-Istizkar, Jil.3, halaman.155)
 
Ini menunjukkan zakat sendiri memberi rangsangan ekonomi kepada agar seseorang berniaga untuk memperkembangkan lagi harta tersebut. Sekiranya harta yang sedia ada beku dan tidak digunakan nescaya lama-kelamaan ia akan susut kerana zakat.  
 
Sumber : Majalah Solusi Isu.50 (Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani)
NISAB SEMASA 2020 : RM 20,920.00
 
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khidmat pelanggan di 03-9769 8993 (PEJABAT)/010-789 8566 (HOTLINE) atau emelkan ke wazan@upm.edu.my
 
Sekian,
 
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.
 
"WAKAF DAN ZAKAT MEMBAWA BERKAT"
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 15/02/2021 | Kemaskini: 15/02/2021 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdFAX~