INFO WAZAN: SOAL JAWAB ZAKAT EMAS | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » INFO WAZAN: SOAL JAWAB ZAKAT EMAS

INFO WAZAN: SOAL JAWAB ZAKAT EMAS

INFO WAZAN – ZAKAT EMAS
 
Islam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Pada masa dahulu emas diguna sebagai wang dalam urusan jual beli. Emas-emas ditempa menjadi kepingan berbentuk syiling (dinar) dan juga dibentuk menjadi barang perhiasan wanita. Oleh sebab keistimewaan yang dimilik oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas.
 
EMAS BUKAN PERHIASAN
 
Soalan : Tuan, Saya suka untuk membeli barang kemas, kadang kala ada yang tidak dipakai, saya juga ada membeli syiling-syiling emas untuk simpanan masa akan datang. Kalau emas-emas seperti itu perlu juga di zakatkan walau tak banyak?
 
JAWAPAN :
 
Jika emas puan menepati syarat-syarat yang diwajibkan, maka wajib untuk mengeluarkan zakat terhadap emas tersebut. Seperti :
 
  1. Emas selain perhiasan wanita sama ada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, jongkong, kepingan emas, peralatan rumah dan sebagainya.
  2. Emas perhiasan wanita yang tidak dipakai dalam tempoh haul (setahun) juga termasuk dalam kategori emas bukan perhiasan.
  3. Jika memiliki kadar nilai yang sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram maka wajib zakat. Ia tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram dan digabungkan dengan harta yang berasaskan nisab emas.
 
KAEDAH TAKSIRAN
(Berat emas x Harga Emas Semasa 1 gm) x 2.5% = Jumlah Zakat
 
Contoh kiraan:
100 gram x RM144.38= RM14,438 = RM x 2.5% = RM360.95
 
 
EMAS PERHIASAN WANITA
 
Soalan : Saya tidak pernah mengambil peduli berapa kadar sebenar jika memakai barang kemas di kenakan zakat. Kalau dah pakai tak perlu zakatkan, betul ke?
 
Jawapan : Dalam kiraan zakat emas perhiasan ada kadarnya, di letakkan kadar uruf yang mewajibkan seseorang itu membayar zakat emas perhiasannya. Setiap tahun perlu semak berapa kadar yang telah dipakai.
 
  1. Emas yang digunakan sebagai perhiasan di badan wanita.
  2. Kadar uruf emas (kebiasaan pakai emas) di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram.
  3. Kiraan zakat emas perhiasan ini dinilai atas perhiasan yang melebihi kadar uruf.
  4. Sekiranya melebihi kadar uruf, bakinya hendaklah digabungkan dengan harta lain yang berasaskan dengan nisab emas.
 
KAEDAH TAKSIRAN
(Berat emas - Uruf (800 gram) x Harga Emas Semasa 1 gm) x 2.5%=Jumlah Zakat
1000 gram - 800 gram x RM144.38= RM28,876 x 2.5% = RM721.90
 
 
EMAS BERCAGAR
 
Soalan: Saya menggadai dua utas rantai emas seberat 50 gram dan saya diberikan pinjaman oleh ar-rahnu hanya sekadar 70 peratus, maka baki berat emas 15 gram di ar-rahnu masih dianggap miliknya yang sempurna dan adakah wajib dizakatkan pada hujung haul?
 
JAWAPAN : YA. Emas yang digadai di pajak gadai, masih tidak terputus haulnya dan wajib dizakatkan ke atas peratusan yang masih menjadi hak si penggadai.
 
Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan. Dengan syarat ditambah dengan lain-lain emas yang disimpan dan melebihi nisab iaitu 85 gram.
 
KAEDAH TAKSIRAN
[(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
[(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470
 
--
 
Fatwa Di Bawah Subseksyen 50(1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003:
 
Fatwa Kadar ‘Uruf Emas Perhiasan di Negeri Selangor (Pindaan) bertarikh 22 Mei 2018:
  1. Fatwa Kadar ‘uruf emas perhiasan di Negeri Selangor adalah pada kadar timbangan 800gram. Mana-mana timbangan yang melebihi kadar’uruf emas perhiasan adalah diwajibkan zakat.
  2. Fatwa Kadar ‘Uruf Emas Perhiasan di Negeri Selangor [Sel. P.U. 15] yang diwartakan pada 23 Jun 2005 dibatalkan.
 
 
Nisab Semasa : RM19,610.00
 
 
Bagaimana Cara Menunaikan Zakat di UPM?
 
Kaunter WAZAN UPM kini dibuka semula kepada semua pelanggan pada setiap hari Isnin – Jumaat dari jam 8.30 pagi – 4.30 petang.
 
Semua pelanggan haruslah mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak UPM dan Majlis Keselamatan Negara bagi mengekang penularan COVID-19.
 
 
Boleh Buat Bayaran Secara Dalam Talian (Online)?
 
Boleh, klik https://bit.ly/3fG1Ra9 untuk menunaikan zakat anda.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di En. Aiman (011-29232379) / En. Afiezee (019-6925923) atau Hotline WAZAN (010-7898566) atau layari https://wazan.upm.edu.my
 
Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.
 
Sekian,
 
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.
 
 
Seksyen Dakwah Dan Pemasaran
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
Hotline : 010-7898566
Emel    : wazan@upm.edu.my

Date of Input: 29/10/2021 | Updated: 29/10/2021 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEbDAB~