INFO WAZAN : SIFAT SUKA UNTUK MEMBERI | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » INFO WAZAN : SIFAT SUKA UNTUK MEMBERI

INFO WAZAN : SIFAT SUKA UNTUK MEMBERI

Oleh: Muhammad Aiman bin Radhowan
mr_aiman@upm.edu.my
 
Kita pasti bersetuju bahawa orang yang suka memberi merupakan golongan yang menduduki tingkat terbaik, berdasarkan sebuah hadith daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, yang bermaksud: “Insan terbaik adalah insan yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain”. (Riwayat al-Baihaqi)
 
Mengikut kajian, orang yang suka memberi tidak akan terkena penyakit jiwa. Mengapa? Hal ini demikian kerana mereka mempunyai fikiran, perasaan dan jiwa yang positif. Hanya orang yang bersikap positif sahaja yang bersedia untuk suka memberi. Sebaliknya, orang yang bersikap negatif hanya akan berfikir untuk mendapat atau menerima sahaja. (Mukmin Profesional – Celik Mata Hati)
 
Salah satu cara untuk memiliki sikap positif ialah dengan membiasakan diri dengan sikap suka memberi. Mungkin ada yang bertanya, “Hendak beri apa?” “Kemampuan memberi tidak bergantung kepada faktor fizikal atau material, sebaliknya ia adalah soal sikap, soal dalaman, soal hati.”
 
Dalam sepanjang pengalaman kehidupan, kita pasti pernah menemui orang miskin yang pemurah. Malah kadang-kadang sikap pemurahnya mengatasi orang-orang kaya. Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menceritakan sebuah kisah yang menggambarkan sifat pemurah seorang ibu yang miskin sehingga sanggup memberikan makanan kepada orang lain sedang dia sendiri masih sedang berlapar.
 
Untuk yang beranggapan tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan kepada orang lain, ambillah peringatan daripada sabda Rasulullah S.A.W.  yang diriwayatkan daripada Adiy bin Hatim bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Lindungi diri kalian daripada api neraka dengan bersedekah, walaupun hanya dengan separuh buah kurma, sekiranya tiada, maka bersedekahlah dengan lidahmu melalui pengucapan yang baik”. (Riwayat al-Bukhari)
 
Dalam hadith yang lain, turut diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda “Berikanlah kepada mereka yang memerlukan, walaupun hanya untuk dinaikkan ke atas punggung kuda (menumpangkan kenderaan)” (Al-Wasail 6: 290)
 
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi: “Awali pagi harimu dengan bersedekah dan gemarkanlah bersedekah. Tidak ada seorang mukmin pun yang bersedekah dengan ikhlas demi mengharapkan apa yang ada di sisi Allah untuk menolak keburukan yang muncul dari langit dan bumi pada hari itu, kecuali Allah S.W.T. pasti menjaganya daripada keburukan itu.” (Al-Wasail 6: 267)
 
Kesimpulannya, sikap suka memberi bukanlah ditentukan oleh kekayaan harta tetapi oleh kekayaan jiwa. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di En. Aiman (011-29232379) / En. Afiezee (019-6925923) atau Hotline WAZAN (010-7898566) atau layari http://www.wazan.upm.edu.my
 
Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.
 
--
"Wakaf dan Zakat, Membawa Berkat"
 
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
 
Facebook : WAZAN UPM l Website : www.wazan.upm.edu.my l Telefon : 03-9769 8993 / 6155

Date of Input: 19/09/2022 | Updated: 19/09/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYHAk~