INFO WAZAN: ZAKAT SAHAM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » INFO WAZAN: ZAKAT SAHAM

INFO WAZAN: ZAKAT SAHAM

Definisi Zakat Saham
 
Menurut Bahasa : Kalimah ‘saham’ berasal dari perkataan Arab yang bermaksud bahagian yang dimiliki.
Menurut Istilah : Saham menurut Kamus Dewan bermaksud “Bahagian dalam modal sesuatu perniagaan.”
 
Menurut Kamus Ekonomi, saham bermaksud modal sah syarikat yang dicarumkan oleh pemilik.
 
Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham (Contoh Bursa Malaysia), ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
 
Pemilik saham adalah pemilik syarikat and berkongsi keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan dan juga harga atau nilai saham seperti tersenanari di pasaran saham.
 
 
Pelaburan Pasaran Modal (Bursa Malaysia)
 
Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah badan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelia pasaran modal atau saham. Pasaran modal merupakan rumah utama yang menyediakan aktiviti untuk penghasilan dana dan pelaburan jangka masa panjang serta meningkatkan kecairan sistem kewangan. Di dalam pasaran modal ini segala jenis saham dan dana diurusniagakan.
 
Di antara contoh instrumen pelaburan di pasaran modal ini adalah:
  • Saham biasa & keutamaan (ordinary & preference)
  • Saham Amanah, samada melalui pengurus dana swasta atau kerajaan
  • Saham Amanah Hartanah (REITs)
  • Dana Dagangan Bursa (ETFs)
  • Lain-lain instrument pelaburan yang diniagakan di Bursa Malaysia atau pasaran modal di luar Negara
Secara umum, terdapat 4 kategori utama produk-produk dipasaran modal iaitu iaitu:
  • Ekuiti (Saham / Unit Trust / REITs/ Index Fund / ETF dsbg)
  • Bon & Debentur
  • Derivatif (Option & Future)
  • Produk Berstruktur
 
Kaedah Taksiran Zakat Saham
 
Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan.
 
Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
 
Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan.
 
= (nilai pelaburan di hujung Haul + keuntungan ditunaikan) x 2.5%
 
 
CARA PENGIRAAN / METHOD OF CALCULATION
 

Contoh Taksiran

Saham saham di Bursa Malaysia (Shares)

RM266,000

Untung yang ditunaikan daripada jual beli pelaburan (realised profit from investment)

RM80,000

Saham amanah (Unit Trusts)

RM50,000

Dana Dagangan Bursa  (Exhange Traded Funds)

RM50,000

Pelaburan Amanah Hartanah  (Real Estate Investment Trusts)

RM70,000

Lain-lain pelaburan di pasaran modal luar negara (other investment in foreign capital market)

RM30,000

Nota : Semua nilai saham & pelaburan di atas ialah nilai pasaran (market value) pada tarikh cukup haul.

 

TOLAK (LESS)

Kos Brokeraj (Brokerage cost)

(RM1,500)

Dividen daripada pelaburan tidak patuh shariah (dividends from non-shariah compliant investments)

(RM30,000)

Peningkatan modal pelaburan tidak patuh shariah (capital appreciation of non-shariah compliant investment)

(RM50,000)

Jumlah ansuran yang dibayar dalam tahun taksiran untuk  bayaran balik pinjaman pembelian saham –jika ada( Sum of installment in assessment year for loan taken to buy investment – if any)

Nilai Saham & Pelaburan Wajib Zakat (Value of shares & investments that subject to zakat )

RM464,500

Zakat : RM456,000 x 2.5% =

RM11,610

 
ZAKAT SAHAM TIDAK TERSENARAI DALAM SYARIKAT PERSENDIRIAN, KOPERASI DLL
 
Bagi  zakat  saham  yang  dimiliki  oleh  pihak  syarikat  persendirian atau Koperasi,  Mesyuarat  Jawatankuasa  Fatwa  Negeri  Selangor  memutuskan bahawa hukum zakat ke atasnya adalah sebagaimana berikut:
 
Zakat  saham  adalah  wajib  dikeluarkan  oleh  pihak  syarikat  berdasarkan hukum khultoh (harta  bercampur).  Akan  tetapi,  jika  pihak  syarikat tidak membayar zakat, maka kewajipan zakat wajib ditunaikan oleh individu.
 
Senario 1: Syarikat Membayar Zakat
 
Seperti kaedah  kiraan  zakat  perniagaan syarikat (persendirian dan awam)  yang  telah  diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 Mac 2007 (rujuk Panduan Zakat Perniagaan terbitan LZS 2007).
 
Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-
  • Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan

  • Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang –  Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan

Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat
 
Zakat  dikenakan  ke  atas  individu  berdasarkan peratus nilai pegangan individu dalam syarikat tersebut.
Contoh taksiran:
Harta  syarikat/koperasi  yang  diwajibkan  zakat  di  hujung  haul  2012 ialah RM10 juta.
  • Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000

  • Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%

  • Zakat saham En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500

 
Nisab Zakat 2021 : RM 19,610.00 
 
Nisab Zakat 2022 : RM 19,973.00

Tarikh Input: 31/01/2022 | Kemaskini: 27/02/2023 | mazrol

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETHAm~