INFO WAZAN: LEBIH RM2.6 JUTA DANA ZAKAT BANTU ASNAF DI UPM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » INFO WAZAN: LEBIH RM2.6 JUTA DANA ZAKAT BANTU ASNAF DI UPM

INFO WAZAN: LEBIH RM2.6 JUTA DANA ZAKAT BANTU ASNAF DI UPM

ASSALAMUALAIKUM WBT / SALAM SEJAHTERA
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,


TABUNG AMANAH ZAKAT, UPM
 
Tabung Amanah Zakat Universiti Putra Malaysia (UPM) telah ditubuhkan dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak tahun 2002 pada ketika itu diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Unit Kebajikan Pelajar (UKP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM.
 
Sejak 1 Oktober 2016, Tabung Amanah Zakat telah diurus oleh Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM. Pengurusan Zakat di UPM menggunapakai Perjanjian Pelantikan Penolong Amil antara UPM dan LZS berkaitan pengurusan kutipan dan agihan zakat.
 
Berdasarkan Perjanjian Pelantikan Penolong Amil antara UPM dengan LZS, UPM hendaklah menyerahkan semua kutipan zakat kepada pihak LZS dan seterusnya agihan zakat akan dikembalikan semula kepada UPM sebanyak 50% daripada hasil kutipan zakat tersebut sebagai peruntukan dana agihan untuk disalurkan kepada hanya lima (5) kategori asnaf sahaja dalam kalangan warga UPM yang layak dan berhak berdasarkan kepada perjanjian di antara UPM dengan LZS di mana UPM hanya dibenarkan untuk mengagihkan zakat kepada lima asnaf sahaja daripada lapan golongan asnaf.
 
5-Golongan-ASNAF.jpg
 
Pada tahun 2020 yang lalu, sebanyak RM2.62 juta telahpun diagihkan kepada asnaf dalam kalangan pelajar, staf dan program-program pembangunan asnaf dan program penerapan nilai Islam.
 
Rajah di bawah disertakan infografik berkaitan dana zakat yang telah diagihkan oleh WAZAN UPM pada tahun 2020 yang lalu.
 
Agihan-ZAKAT-2020.jpg
Sumber: Laporan agihan zakat WAZAN tahun 2020
 
Nisab 2021 : RM 19,610.00
 
==
 
Bagaimana Membuat Bayaran Zakat dan Wakaf?
 
Sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2, Kaunter WAZAN DITUTUP kepada semua pelanggan, urusan pembayaran zakat hanya dilakukan secara atas talian sahaja.
 
Klik https://bit.ly/3fG1Ra9 untuk menunaikan zakat anda. Anda juga boleh mengimbas KOD QR yang tertera dalam e-poster.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di En. Aiman (011-29232379) / En. Afiezee (019-6925923) atau Hotline WAZAN (010-7898566) atau layari http://www.wazan.upm.edu.my
 
E-Zakat Online.png
 
Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.
 
Sekian,
 
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.
 
 
Seksyen Dakwah Dan Pemasaran
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia

Date of Input: 27/09/2021 | Updated: 27/09/2021 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZHA5~