INFO WAZAN: JOM TUNAIKAN ZAKAT PENDAPATAN DAN KETAHUI JENIS-JENIS PENDAPATAN YANG DIZAKATKAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN) wazan
» ARTIKEL » INFO WAZAN: JOM TUNAIKAN ZAKAT PENDAPATAN DAN KETAHUI JENIS-JENIS PENDAPATAN YANG DIZAKATKAN

INFO WAZAN: JOM TUNAIKAN ZAKAT PENDAPATAN DAN KETAHUI JENIS-JENIS PENDAPATAN YANG DIZAKATKAN

 
Assalamualaikum wbt
 
Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia mengajak Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan menunaikan zakat pendapatan melalui WAZAN UPM.
 
Firman Allah S.W.T:
 
﴿خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾
 
Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah At-Taubah (ayat 103)
 
Apakah Jenis-jenis Pendapatan yang dizakatkan?
 
Jenis-jenis pendapatan yang dizakatkan adalah seperti e-poster di bawah



Klik pautan di sini untuk info lanjut
 
Mengapakah perlu membayar zakat di UPM?
 
  1. WAZAN UPM merupakan Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor
  2. Menggunakan resit Rasmi Lembaga Zakat Selangor
  3. Mendapat rebat cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri
  4. 50% kutipan diagihkan kepada asnaf UPM
  5. Sebanyak RM3,605,989.87 telah diagihkan kepada asnaf UPM pada tahun 2023
 
Untuk makluman lanjut, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan boleh menghubungi/whatsapp Hotline WAZAN di talian 03-9769 8993 (En. Aiman / En. Tarmizi) atau emelkan kepada kami wazan@upm.edu.my
 
 
Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.
 
Sekian,
 
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.


Sekian.


Tarikh Input: 29/07/2024 | Kemaskini: 29/07/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (08:13:31pm-08:18:31pm, 19 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]