I-SINAR DAN I-LESTARI WAJIB DIZAKATKAN? | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » I-SINAR DAN I-LESTARI WAJIB DIZAKATKAN?

I-SINAR DAN I-LESTARI WAJIB DIZAKATKAN?

 
I-SINAR DAN I-LESTARI WAJIB DIZAKATKAN?
 
 
 
Hukum pembayaran zakat bagi pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui skim i-Lestari dan i-Sinar adalah wajib bagi individu mempunyai sumber pendapatan yang mampu menampung diri dan tanggungan.
 
Menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS), bagi mereka yang berkemampuan tetapi memilih melakukan pengeluaran wang KWSP, zakat diwajibkan ke atas seluruh pengeluaran yang dilakukan.
 
“Ini kerana pengeluaran seumpama ini adalah atas dasar pilihan dan bukan atas darurat.
 
“Oleh itu, ia tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor,” jelas LZS dalam satu hebahan di laman media sosialnya.
 
Menurut LZS, berdasarkan fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 (Pindaan) berkaitan pengeluaran simpanan KWSP sebelum mencapai umur 55 tahun menyatakan bahawa zakat wajib ke atas jumlah KWSP yang dikeluarkan.
 
Bagaimanapun, LZS memaklumkan zakat tidak diwajibkan bagi pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar KWSP yang dilakukan dalam keadaan terpaksa akibat ketiadaan atau terjejas sumber pendapatan yang mampu menampung keperluan hidup asasi diri dan tanggungan.
 
Kerajaan sebelum ini membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan KWSP melalui skim i-Lestari dan i-Sinar bagi meringankan beban orang ramai yang terkesan akibat penularan COVID-19.

Tarikh Input: 30/03/2021 | Kemaskini: 30/03/2021 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETLAI~