JOM SEMAK PENYATA ZAKAT ANDA DI PORTAL E-ZAKAT ONLINE (EZO) | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » JOM SEMAK PENYATA ZAKAT ANDA DI PORTAL E-ZAKAT ONLINE (EZO)

JOM SEMAK PENYATA ZAKAT ANDA DI PORTAL E-ZAKAT ONLINE (EZO)

Anda pembayar zakat di WAZAN UPM? 
 
Tahukah anda? 
 
Kerajaan Malaysia telah menyelaraskan zakat dan cukai pendapatan dengan pemberian rebat ke atas zakat yang dibayar oleh umat islam menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3).
 
Ianya tiada had. Seberapa banyak pun zakat yang dibayar akan ditolak dari cukai yang sepatutnya anda bayar.
 
Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan penyata bagi tujuan rebat cukai?
 
Jangan khuatir, anda boleh mendapatkan penyata zakat dengan cara memuat turun penyata zakat anda di portal EZO yang dibangunkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan hanya klik pautan https://ezo.zakatselangor.com.my/ atau mengimbas KOD QR yang terdapat dalam e-poster.
 
Kini anda dapat memperoleh penyata zakat anda dihujung jari anda.
 
 
PANTAS. MUDAH. SELAMAT
 
--
 
Nisab Zakat 2022: RM 19,973.00
 
Sudahkah anda menunaikan zakat anda pada tahun ini?
 
Jom tunaikan kewajiban berzakat di WAZAN UPM 
 
Kaunter WAZAN kini berada bersebelahan Masjid UPM di buka pada setiap Isnin – Jumaat jam 8.30 pagi – 4.30 petang (waktu rehat: 1.00 – 2.00 ptg) bagi memudahkan anda menunaikan zakat di kaunter.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan di 03-9769 8993/6155 atau Hotline WAZAN 010-789 8566 (En.Aiman) atau layari http://www.wazan.upm.edu.my 
 
Sekian,
 
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.

Tarikh Input: 22/02/2022 | Kemaskini: 27/02/2023 | mazrol

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETQAv~