BAGAIMANAKAH HAD KIFAYAH DALAM MENENTUKAN KELAYAKAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN? | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN) wazan
» ARTICLE » BAGAIMANAKAH HAD KIFAYAH DALAM MENENTUKAN KELAYAKAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN?

BAGAIMANAKAH HAD KIFAYAH DALAM MENENTUKAN KELAYAKAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN?

 
Had kifayah merupakan elemen yang penting dalam menentukan kecukupan seseorang individu atau tanggungannya bagi keperluan asas. Keperluan asas yang diukur juga mengambil kira dari ukuran maqasid syariah. Antara maqasid syariah yang memainkan peranannya adalah memelihara maslahah hifz din (memelihara agama), hifz aql (memelihara akal), hifz nafs (memelihara nyawa), hifz mal (memelihara harga)  dan hifz nasl (memelihara keturunan). Pengukuran bagi asnaf fakir dan miskin adalah berdasarkan keperluan makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.
 
Asnaf fakir dan miskin merupakan golongan asnaf yang ditetapkan oleh Allah SWT berdalilkan ayat 60 dari Surah Taubah: 
 
 Ø¥ÙÙ†Ù‘َمَا ٱلصَّدَقَـٰتُ لِلْفُقَرَآءِ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱلْعَـٰمِلِينَ عَلَيْهَا وَٱلْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلْغَـٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ Û– فَرِيضَةًۭ مِّنَ ٱللَّهِ Û— وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌۭ
 
Maksud:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
 
Lapan asnaf ini adalah merupakan golongan yang diagihkan bahagian zakat sejak zaman Rasulullah  SAW  sehingga  sekarang,di mana Majlis  Agama Islam  Negeri  atau  Lembaga Zakat adalah sebagai pihak mengurus dan mentadbir zakat menurut perundangan Islam di Malaysia. Asnaf fakir dan miskin juga mempunyai perbezaan. Asnaf fakir adalah seseorang  yang mempunyai pendapatan  yang kurang dari separuh  keperluan  hidupnya  dan  tanggungannya  manakala  miskin  ialah  seseorang  yang mempunyai pendapatan melebihi separuh dari keperluan hidupnya dan tanggungannya.
 
Umumnya had kifayah  boleh  diistilahkan  sebagai  kaedah  penentuan  pendapatan  dan keperluan perbelanjaan minimum bagi  seseorang  individu  dalam  Islam.  Ini  bertujuan supaya  zakat  dapat  memenuhi  keperluan sara  hidup  seseorang  untuk  hidup  dalam keselesaan  dan  mengelakkan  daripada  tersalah  agih  atau  memberikan  zakat  kepada golongan yang tidak layak.
 
Kaedah penilaian untuk mengukur keperluan asasi seseorang individu berdasarkan kepada Had Kifayah adalah merupakan kaedah yang diguna pakai oleh Majlis Agama Islam Negeri dan  Agensi  Mengurus  Zakat  Negeri  untuk  menentukan  kelayakan  seseorang  asnaf  fakir dan miskin. Pelaksanaan kaedah Had Kifayah ini lebih menepati kehendak syarak dengan mengambil   kira   keperluan   individu   berdasarkan   maslahah   dan maqasid syariah. Untuk negeri selangor, penentuan had kifayah bagi asnaf fakir dan miskin boleh dilakukan dengan menggunakan kalkulator yang telah disediakan di laman web lembaga zakat selangor  https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/kalkulator-kelayakan/ 
 
Rujukan:
Malaysia, P. D. M. PENILAIAN KELAYAKAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN BERDASARKAN HAD KIFAYAH.

Date of Input: 30/10/2024 | Updated: 30/10/2024 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (03:32:58am-03:37:58am, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]