2025 | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN) 127
» WAQF » Distribution » 2025

2025

 
Aktiviti agihan wakaf termasuklah agihan manfaat wakaf yang direkodkan adalah berjumlah RM1,003,047.20 kepada lima (5) bentuk bantuan yang merangkumi bantuan fasiliti (RM842,640.20), bantuan program (RM20,450.00), bantuan pelajar (RM17,957.00), bantuan staf (RM12,000.00) dan bantuan komuniti (RM124,604.35). Bantuan ini bukan sahaja menyokong keperluan asas dan pembangunan prasarana, tetapi turut membantu dalam pelaksanaan program akademik dan pembangunan sahsiah mahasiswa. 
 
Bantuan projek fasiliti adalah bentuk bantuan yang paling utama dalam semua jenis bantuan yang melibatkan dana wakaf, justeru sebanyak RM842,640.20 yang telah digunakan bagi tujuan tersebut, antaranya ialah pembelian Ambulan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM yang bernilai RM499,900.00, projek naik taraf fasiliti akademik Wakaf Interactive Resources Arena (WIRA) dengan kos sebanyak RM150,000.00, pembelian kenderaan Proton X90 Wakaf bagi kegunaan rasmi WAZAN bernilai RM150,000.00, pembinaan Al-Biruni Smart Class Room di Masjid UPM dengan berharga RM150,000.00, penyediaan tapak perkhemahan I-AQUAS di Port Dickson dengan kos sebanyak RM60,000.00 dan pembinaan Surau Fakulti Sains UPM yang berharga RM47,135.20. Dalam memberikan impak Dana Wakaf Ilmu kepada pembangunan ummah, WAZAN telah memberikan bantuan komuniti setempat kepada Sekolah Rendah KAFA Integrasi Manbaul Ulum, Taman Sri Serdang sebanyak RM124,604.35.

Updated:: 03/08/2026 [rizal_helmi]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (01:31:23am-01:36:23am, 06 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]