Kutipan dana wakaf bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM1,216,965.57 yang merangkumi pelbagai saluran kutipan iaitu melalui Skim Potongan Gaji (SPG), peti besi, kaunter, perbankan, gerbang pembayaran atas talian (paygate) dan e-claims. Hasil sumbangan daripada pelbagai saluran kutipan yang disediakan bagi memudahkan pewakaf menunaikan wakaf mereka. Daripada jumlah tersebut, kutipan tertinggi adalah melalui Skim Potongan Gaji (SPG) wakaf yang merekodkan sebanyak RM384,186.00, iaitu (43.1%) daripada keseluruhan kutipan. Seterusnya, kutipan melalui perbankan, termasuk pindahan wang dan deposit terus ke akaun rasmi wakaf, berjumlah sebanyak RM224,179.47, iaitu bersamaan (25.1%) daripada jumlah keseluruhan kutipan.

Selain itu, peti besi wakaf yang ditempatkan di lokasi-lokasi strategik sekitar kampus berjaya mengumpulkan sebanyak RM177,195.80 (19.8%), manakala kutipan secara bersemuka di kaunter fizikal mencatatkan jumlah sebanyak RM99,204.00 (11.1%). Kedua-dua saluran ini terus relevan dan berkesan dalam menggalakkan sumbangan secara terus, terutamanya semasa program dan aktiviti yang melibatkan interaksi langsung bersama warga kampus serta masyarakat luar. Walaupun kutipan melalui saluran digital masih kecil berbanding saluran lain, gerbang pembayaran atas talian (Paygate) tetap memainkan peranan dengan jumlah kutipan sebanyak RM1,458.00 (0.1%), pulangan manakala e-claims menyumbang sebanyak RM5,351.10 (0.6%). Pulangan Keuntungan Dana Wakaf Ilmu UPM 2025 berjumlah RM 325,391.20.
Kutipan keseluruhan ini merupakan petunjuk positif terhadap kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap inisiatif wakaf pendidikan yang digerakkan oleh UPM. Dana yang dikumpulkan ini akan terus digunakan bagi menyokong pembangunan ilmu, penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, serta pelbagai inisiatif kebajikan dan keilmuan di universiti, selaras dengan matlamat Dana Wakaf Ilmu dalam membina ekosistem pendidikan yang lestari, inklusif dan berimpak tinggi.
Updated:: 03/08/2026 [rizal_helmi]
MEDIA SHARING