Sistem Riba Boleh Akibatkan Kemelesetan Ekonomi Negara | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » Sistem Riba Boleh Akibatkan Kemelesetan Ekonomi Negara

Sistem Riba Boleh Akibatkan Kemelesetan Ekonomi Negara

            Sistem perbankan negara perlu meningkatkan pelaburan berasaskan risiko dan tidak hanya tertumpu kepada penjanaan keuntungan berasaskan produk menerusi hutang atau sistem riba. Menurut Pensyarah, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail, sistem yang tertumpu kepada keuntungan melalui hutang boleh mengakibatkan kemelesetan ekonomi sekaligus memberi kesan kepada kos sara hidup masyarakat.

            Sistem riba ini telah memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan sesorang individu. Melalui sistem riba, kos sara hidup akan meingkat dan mengakibatkan kehidupan sesorang individu menjadi lebih susah. Sebgai contohnya, Jepun dan Amerika Syarikat telah mengamalkn sistem ini sehingga kedua negara ini berdepan dengan krisis kewangan yang teruk.

            Selain itu, golongan muda turut mendapat kesan sampingan dimana mereka sukar mendapat pekerjaan kerana sesetengah syarikat berhadpan dengan masalah kewangan dan hutang. Justeru itu, golongan muda ini hanya diberikan pekerjaan secara kontrak oleh syraikat tersebut. Oleh itu, golongan muda tidak mampu untuk menangani situasi yang berlaku sedemikian. Jika masalah ini tidak diatasi dengan secepat mungkin, golongan muda mungkin akan hidup dalam keadaan yang susah seperti gelandangan.

            Walau bagaimanapun, bank akan tetap meruskan sistem riba ini kerana mereka akan sentiasa menerima pelanggan yang ingin membuat pinjaman dan membeli harta tanah. Justeru itu, sikap perlu diubah terutama bagi golongan muda. Dalam hal ini, golongan muda tidak perlu untuk memiliki harta tanah dimana mereka hanya perlu tempat tinggal yang selesa dengan menyewa. Professor Dr Mohd Nazri Ismail berkata, “seperti di Amerika Syarikat, semua penduduk hanya menyewa kerana mereka tidak mampu untuk membeli rumah. Kita tidak mahu menunggu keadaan yang sedemikian datang terlebih dahulu sebelum kita sedar akan situasi tersebut”.  

            Sistem riba sukar untuk diubah kerana sikap golongan muda pada masa kini. Golongan muda terlalu mengikut hasrat dan kehendak diri sendiri untuk memiliki sesuatu yang mewah seperti kereta dan rumah yang mewah. Untuk mengatasi masalah tersebut, kita perlu meyakinkan golongan muda agar mereka tidak terjebak dalam gejala hutang dengan membuat pinjaman bank untuk membeli harta tanah. Golongan muda perlu menggunakan wang dengan bijak dan melabur untuk akiviti perniagaan.

            Buku “Till Debt Do Us Part” terbitan Professor Dr Mohd Nazri Ismail, boleh dijadikan sebagai rujukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sistem riba. Buku ini juga mengupas sejarah industri kewangan khususnya sistem kewangan berasaskan hutang sejak abad ke-15. Kewujudan sistem ini berulang kali membuktikan konflik politik dan sosial selain daripada ekonomi.  Secara kesimpulan, sistem riba ini boleh diubah jika sikap dan gaya hidup golongan muda berubah.

 

 

Berita penuh:

http://www.astroawani.com/video-malaysia/sistem-riba-boleh-akibatkan-kemelesetan-ekonomi-negara-258154

© 2018 Astro Awani Network Sdn. Bhd.

 

 

Tarikh Input: 02/11/2018 | Kemaskini: 02/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
B1566680213