KEBAIKAN BERWAKAF DI BULAN RAMADAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » KEBAIKAN BERWAKAF DI BULAN RAMADAN

KEBAIKAN BERWAKAF DI BULAN RAMADAN

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf menjadikannya sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala. Selagi mana sumbangan wakaf kita dikekalkan, dikembangkan dan dimanfaatkan kepada orang lain, pahala akan terus menerus mengalir dan menjadikan ia bekalan buat kita di hari perhitungan kelak.
 
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-
 
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. (Hadis Riwayat Muslim)
 
Meskipun sedekah tidak mengenal bulan, akan tetapi Ramadan memiliki keistimewaan yang tidak terdapat dalam bulan lain.
 
Antaranya, Allah telah menjanjikan pahala naik berlipat ganda sehingga 700 kali lipat untuk setiap ibadah di bulan Ramadhan, termasuk wakaf. Setiap sedekah yang dilakukan adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh benih dan setiap benih mengandungi 100 biji sebagaimana firman Allah: -
Mafhumnya :-
 
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al-Baqarah Ayat 261)
 
Bagaimana perjalanan sumbangan wakaf kita?

TUNGGU APA LAGI, JOM BERAMAL DENGAN BERWAKAF!

Tarikh Input: 27/04/2022 | Kemaskini: 27/04/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETTA7~