MANTAPKAN WAKAF PENDIDIKAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » MANTAPKAN WAKAF PENDIDIKAN

MANTAPKAN WAKAF PENDIDIKAN

Apabila dana wakaf pendidikan diperkenalkan pada penghujung 2016 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, banyak pihak berasa ingin tahu samada perancangan tersebut berjaya atau sebaliknya. Pada ketika itu tiada panduan yang boleh dijadikan sebagai rujukan daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan sebangainya. Tiada panduan yang jelas boleh dirujuk walaupun beberapa universiti di luar negara telah berjaya memajukan wakaf dan endowmen. Apakah model yang menjadi amalan terbaik untuk melakukannya ?

Oleh yang demikian, Buku Ungu terbitan pihak Kementerian Pendidkan Tinggi dijadikan sebagai panduan oleh UA untuk melaksanakan wakaf pendidikan. Walaupun buku tersebut mengandungi maklumat dan garis panduan untuk melaksanakn wakaf pendidikan, buku tersebut perlu ditambah baik seiring dengan perkembangan wakaf pendidkan. Justeru, Buku Panduan Wakaf Pendidikan telah dilancarkan oleh Menteri Agama YB Dato’ Dr Mujahid Yusof di Universiti Putra Malaysia. Buku tersebut mengandungi kandungan yang lebih lengkap dan mendalam mengenai wakaf pendidikan dimana segala informasi diperoleh melalui pakar-pakar wakaf dari universiti, MAIN dan agensi yang berkaitan.

Menurut YB Menteri Agama, wakaf boleh dieksport ke luar negara jika segala bahan berkaitan dengan wakaf disediakan dengan lengkap. Negara akan mempunya tiga sektor iaitu wakaf sebgai sektor ketiga apabila keadaan ini berlaku. Untuk mencapai matlamat tersebut perancangan dan strategi yang rapi diperlukan terutama dalam penyediaan skim sijil wakaf yang berkualiti. Bagi memantapkan wakaf pendidikan di UA, pemantauan perlu dilaksanakan dengan menubuhkan beberapa jawatankuasa yang disertai oleh pihak MAIN dan wakil kerajaan negeri.  Selain itu sistem perakuanan wakaf pendidikan di UA perlu diperkasakan. Dengan ini pakar wakaf juga perlu mendefinisikan maksud wakaf dengan lebih jelas lagi.  “Taqarrub” yakni mendekatkan diri hanya kepada Allah SWT merupakan tujuan utama penubuhan dana wakaf tunai di UA.

Fatwa bahawa wakaf tunai perlu ditukar kepada bentuk harta takalih dan hanya manfaatnya sahaja yang boleh diberikan atau dimanfaatkan mauquf aliah atau penerima manfaat wakaf telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2007. Untuk menghindari kesalahfahaman berlaku, ahli jawatankuasa dan pengarah dana wakaf pendidikan perlu memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai pelaburan dan pemilikan harta tanah.

Oleh itu, pemantauan, urus tadbir serta modal insan yang bekelayakan dan berwibawa sangat penting dalam pengurusan wakaf yang profesional. Keimanan dapat diperkukuhkan jika modal insan mengetahui tatacara pengurusan dan mempunyai kefahaman yang jelas mengenai wakaf. Kata seorang guru pengurusan moden, pengurusan bukan sekadar mengarah tetapi mengkordinasi dan memantau bagi mencapai objektif sesuatu pengurusan.

 

 

Artikel penuh:

MANTAPKAN WAKAF PENDIDIKAN UA

Presiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (PERTAMA),

Profesor Jabatan Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 

 

Tarikh Input: 05/11/2018 | Kemaskini: 27/01/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDcQAx~