WAZAN Pupuk Budaya Berwakaf Menerusi Program MySolehEnglish@ WAZAN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN pupuk budaya berwakaf menerusi Program MySolehEnglish@ WAZAN

WAZAN pupuk budaya berwakaf menerusi Program MySolehEnglish@ WAZAN

MEMUPUK BUDAYA BERWAKAF MELALUI PROGRAM MySolehEnglish @WAZAN
 
Disediakan oleh Mohd Azrol Hafizi Azman
 
UPM Serdang – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) senantiasa cakna kepada perkembangan anak-anak staf UPM yang mana mereka turut diberikan perhatian. Pelbagai bentuk program dan bantuan yang disediakan oleh WAZAN UPM, salah satunya ialah Program MySolehEnglish @WAZAN yang dianjurkan bersempena dengan Kempen Bulan Wakaf dan Zakat UPM pada bulan December 2020 yang lalu.
 
Para pelajar bersama-sama dalam mempelajari MySolehEnglish @WAZAN baru-baru ini
 
Selain daripada menumpukan kepada anak-anak Staf UPM untuk berani berbahasa Inggeris dibawah bimbingan barisan fasilitator ICS Learning Resources yang berpengalaman luas, WAZAN turut memupuk semangat membudayakan amalan berwakaf dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak Staf UPM di mana setiap pendaftaran program dibuat oleh mereka akan diwakafkan RM10.00 ke tabung Dana Wakaf Ilmu UPM.
 
Penganjuran program yang mendapat lebih daripada 200 pendaftaran yang diterima oleh pihak WAZAN pada bulan lalu, terdapat 100 orang anak-anak Staf UPM dipilih untuk mengikuti program ini secara percuma iaitu pada 21-24 Disember 2020 yang lalu. Manakala, baki pendaftaran selebihnya yang masih berminat telah mengikuti program ini pada siri kedua iaitu 28-31 Disember 2020.
 
Setiap peserta yang berumur 7 – 12 tahun dibekalkan kit DIY book dan kad mini MySoleh English untuk membolehkan mereka mendapatkan panduan latihan berbahasa Inggeris secara atas talian dalam tempoh situasi semasa yang masih terdedah dengan penularan penularan wabak COVID-19 selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
 
Barisan Fasilitator yang berpengalaman luas dalam aspek pendidikan bahasa Inggeris dan pendidikan secara dalam talian
 
Sehubungan dengan itu, program ini juga merupakan salah satu program cuti sekolah anak-anak staf UPM yang menjadi rutin tahunan WAZAN sebagai salah satu pengisian penting dalam menjayakan kempen Bulan Wakaf dan Zakat UPM.
 
Tuntasnya, diharap lebih ramai lagi staf-staf UPM dapat merebut peluang keemasan ini dengan melibatkan anak-anak mereka dalam program atau aktiviti penganjuran WAZAN yang menyeronokkan untuk terus-menerus meningkatkan kompetensi pembelajaran anak-anak mereka secara atas talian sekaligus menyuburkan amalan berwakaf dalam hidup sehari-hari.

Date of Input: 29/01/2021 | Updated: 29/01/2021 | mazrol

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
BUKVNA2:13:14