SIRI JELAJAH BAGI SESI TAKLIMAT BANTUAN ZAKAT PELAJAR DI KOSASS | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » SIRI JELAJAH BAGI SESI TAKLIMAT BANTUAN ZAKAT PELAJAR DI KOSASS

SIRI JELAJAH BAGI SESI TAKLIMAT BANTUAN ZAKAT PELAJAR DI KOSASS

SIRI JELAJAH BAGI SESI TAKLIMAT BANTUAN ZAKAT PELAJAR DI KOSASS
 
UPM SERDANG, 10 Nov - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM meneruskan lagi siri jelajah taklimat bantuan zakat pelajar di kolej kediaman yang diadakan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Syah (KOSASS) yang melibatkan para pelajar yang kolej ini di sini semalam.
 
 
Taklimat ini melibatkan lebih 50 orang pelajar baharu dan pelajar tahun 2 dan tahun 3 yang ingin memohon bantuan zakat secara dalam talian pada semester 1 tahun 2022/2023.
 
 
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai penilai di Seksyen Pengurusan Zakat dan pembangunan Asnaf. Pembukaan sesi taklimat dimulakan dengan ucapan aluan Pengarah WAZAN, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang dan ucapan daripada Ustaz Haris Dahlan, Ketua SPZPA, WAZAN UPM.
 
 
Semoga dengan sesi taklimat ini dapat memberikan panduan kepada pelajar yang ingin membuat permohonan zakat dalam talian.
 

Date of Input: 11/11/2022 | Updated: 14/11/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEbLAo~