PROGRAM JOM BALIK RAYA 2023 BANTU 340 PELAJAR ASNAF DAN B40 UPM PULANG BERAYA | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » PROGRAM JOM BALIK RAYA 2023 BANTU 340 PELAJAR ASNAF DAN B40 UPM PULANG BERAYA

PROGRAM JOM BALIK RAYA 2023 BANTU 340 PELAJAR ASNAF DAN B40 UPM PULANG BERAYA

PROGRAM JOM BALIK RAYA 2023 BANTU 340 PELAJAR ASNAF DAN B40 UPM PULANG BERAYA
 
SERDANG, 18 April – 340 pelajar Asnaf dan B40 Universiti Putra Malaysia (UPM) pulang beraya  ke kampung halaman secara percuma pada Program Jom Balik Raya 2023 UPM@WAZAN 2023 anjuran Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM bersama PLUS Malaysia.
 
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata program itu adalah inisiatif universiti bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar.
 
“Ini merupakan salah satu wadah untuk warga universiti berkongsi rezeki dengan berzakat dan menyumbang untuk dimanfaatkan kepada pelajar Asnaf UPM dan B40,” katanya.
 
Sementara itu, pelajar tahun pertama, Bacelor Sains Kimia dengan kepujian, Muhammad Syafi Abdul Malik meluahkan rasa syukur dan gembira dengan inisiatif yang diberikan oleh UPM memandangkan beliau telah lama tidak pulang bertemu ibu bapanya.
 
"Kali terakhir saya pulang pada cuti semester lepas dan panggilan video menjadi kebiasaan pengubat rindu pada mak dan ayah saya.
 
"Terima kasih pihak UPM dan PLUS atas keprihatinan membantu pelajar yang memerlukan khasnya pelajar yang jauh seperti di utara dan pantai timur," katanya yang akan pulang ke Kepala Batas, Pulau Pinang.
 
Di samping itu, dua orang pelajar Bacelor Pendidikan  Sains Rumah Tangga, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Nur Masyitah Aris dan Fatnin Adilah Ithnain masing-masing meluahkan rasa gembira dan teruja untuk pulang ke kampung halaman.
 
Sebanyak sembilan buah bas yang menghantar 340 pelajar Asnaf dan B40 UPM di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia Iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor. -UPM

 

Date of Input: 30/04/2023 | Updated: 03/05/2023 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaSA2~