PEMBAYAR ZAKAT DI UPM TERIMA GOLD BAR EDISI KHAS 50 TAHUN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » PEMBAYAR ZAKAT DI UPM TERIMA GOLD BAR EDISI KHAS 50 TAHUN

PEMBAYAR ZAKAT DI UPM TERIMA GOLD BAR EDISI KHAS 50 TAHUN

UPM SERDANG, 14 Jun - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM menjalankan kempen Bulan Zakat dan Wakaf Al Falah 2021 tahun lalu.
 
 
Kempen tersebut adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan kelebihan menunaikan zakat dan berwakaf di UPM melalui WAZAN.
 
Antara pengisian bagi kempen tersebut ialah Cabutan Barakah dan Cenderahati Zakat kepada pembayar zakat tertinggi melalui Skim Potongan Gaji bulanan (SPG) dan melalui kaunter.
 
Bermula bulan Jun 2022, pihak WAZAN telah menyenaraipendekkan penerima Gold Bar Edisi Khas 50 Tahun UPM sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pembayar zakat di UPM.
 
Disamping itu juga, pihak WAZAN juga dalam perancangan untuk membuat Cabutan Nombor Barakah dengan menyenaraikan lebih 2,000 nama yang berada dalam senarai untuk memenangi 20 unit Gold Bar Edisi Khas 50 Tahun UPM.
 
 
 
--
Hendak tunaikan zakat? Jom ke Kaunter Zakat UPM sekarang!
Nak bayar online pun boleh! klik pautan ini: https://wazan.upm.edu.my/mysadaqah-2995

Date of Input: 21/06/2022 | Updated: 06/09/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEbHAD~