LAWATAN TAPAK & PERBINCANGAN PROJEK NAIKTARAF MUSOLLA AL-FALAH @SUKAN UPM FASA 2 | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » LAWATAN TAPAK & PERBINCANGAN PROJEK NAIKTARAF MUSOLLA AL-FALAH @SUKAN UPM FASA 2

LAWATAN TAPAK & PERBINCANGAN PROJEK NAIKTARAF MUSOLLA AL-FALAH @SUKAN UPM FASA 2

UPM SERDANG, 29 JUN - Pihak Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dn Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dijemput untuk mengadakan sesi Lawatan Tapak & Perbincangan Projek Naiktaraf Musolla Al-Falah @Sukan UPM Fasa 2 di Akademi Sukan UPM pada 22 Jun 2022 yang lalu.
 
 
Sesi lawatan tapak yang dianjurkan oleh Akademi Sukan UPM itu adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan rancangan projek-projek naik tarap susulan penyerahan kunci dari pihak kontraktor pada bulan Mei 2022 yang lalu.
 
Antara perkara-perkara yang dibincangkan sewaktu sesi perbincangan tersebut antaranya ialah rancangan projek penurapan tar tempat letak kenderaan di perkarangan musalla, lampu LED Spot Light, pagar mengelilingi musalla, penutup longkang, sistem siaraya, penghawa dingin, wakaf tempat menunggu, lanskap berumput dan sebagainya di Musolla Al-Falah @Sukan UPM.
 
 
Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu UPM, En. Mohd Azrol Hafizi Azman berkata pihak WAZAN menerima jemputan ini untuk bersama-sama melihat apakah bentuk naik taraf yang difikirkan sesuai untuk memastikan musollaini sempurna dan memberikan keselesaan kepada para jemaah yang menunaikan solat", katanya ketika ditanya dalam sesi lawatan tapak yang lalu.
 
Pihak WAZAN menerusi dana wakaf ilmu akan melihat segala permohonan yang dimohon oleh pihak Akademi Sukan dan pihak WAZAN akan membincangkannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Tabung Dana Wakaf Ilmu yang akan bersidang tidak lama lagi", tambahnya.

 

Date of Input: 29/06/2022 | Updated: 06/09/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaLA7~