HOSPITAL PENGAJAR UPM KE ARAH HOSPITAL YANG DIBIAYAI MENGGUNAKAN DANA WAKAF | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » HOSPITAL PENGAJAR UPM KE ARAH HOSPITAL YANG DIBIAYAI MENGGUNAKAN DANA WAKAF

HOSPITAL PENGAJAR UPM KE ARAH HOSPITAL YANG DIBIAYAI MENGGUNAKAN DANA WAKAF

HOSPITAL PENGAJAR UPM KE ARAH HOSPITAL YANG DIBIAYAI MENGGUNAKAN DANA WAKAF

 

SERDANG, 7 SEPT - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan satu MESYUARAT PELARASAN TABUNG WAKAF HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM) yang dihadiri oleh Pengarah HPUPM dan barisan Pegawai HPUPM dalam melaraskan beberapa perkara berkaitan governan, laporan kutipan, strategi pemasaran dan hal-hal lain berkaitan WAKAF di HPUPM.
 
Sejak tahun 2020 yang lalu, HPUPM ke arah menjadi sebuah hospital yang pertama di Malaysia yang dibiayai menggunakan dana WAKAF disamping menjadi hospital MESRA IBADAH.
 
Sehubungan dengan itu, WAZAN UPM dan HPUPM menjemput para penyumbang untuk bersama-sama merealisasi impian tersebut dengan menyumbang ke Tabung WAKAF HPUPM. 
 
"WAKAF KITA, MASA DEPAN BERSAMA"
"WAKAF ZAKAT MEMBAWA BERKAT"
 
--
 
Untuk menyumbang ke Tabung WAKAF HPUPM, kaedahnya adalah seperti berikut:
 
1. Skim Potongan Gaji
Bagi staf UPM yang ingin membuat pemotongan gaji, layari https://wazan.upm.edu.my/ebarakah-3433 pilih Dana WAKAF ILMU UPM > Skim WAKAF HPUPM
 
2. Melalui Kaunter WAZAN
Lawati Kaunter WAZAN untuk sumbangan WAKAF. Anda boleh membuat sumbangan secara tunai, kad kredit/debit atau cek.
 
3. Payment Gateway UPM
Layari gerbang pembayaran elektronik UPM (Payment Gateway UPM) untuk memudahkan pembayaran. Layari https://wazan.upm.edu.my/mysadaqah-2995 untuk mulakan sumbangan.
 
4. Melalui CIMB Islamic
Pindahkan amaun sumbangan anda ke akaun UPM Dana WAKAF ILMU | 8602-68-4995 dengan meletakkan butiran "WAKAF HPUPM" di ruangan Reference.
 
5. Melalui CIMBClicks
Anda juga boleh menggunakan paybills di CIMBClicks sebagai kaedah menyumbang. Pilih Pay > UPM Dana WAKAF ILMU
 

Date of Input: 07/09/2021 | Updated: 07/09/2021 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEbFAg~