DANA ZAKAT BIAYAI PELAJAR ASNAF BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN MUSLIM UPM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » DANA ZAKAT BIAYAI PELAJAR ASNAF BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN MUSLIM UPM

DANA ZAKAT BIAYAI PELAJAR ASNAF BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN MUSLIM UPM

UPM SERDANG, 21 FEB - Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dengan Kerjasama dari Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Muslim Foodpreneur @Foodservice yang berlangsung bermula semalam.
 
 
Program Muslim Foodpreneur@foodservice ini bertujuan utk melahirkan usahawan dalam bidang perkhidmatan makanan pada masa akan datang.
 
Program ini akan berlangsung selama 15 hari, dari Isnin hingga Jumaat selama 3 minggu bermula dari 21hb Februari sehingga 11 Mac 2022 bertempat di Bilik Kuliah, Food 5 dan juga Kompleks Perkhidmatan Makanan, Food 6, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM.
 
 
Pihak WAZAN UPM merupakan penaja utama bagi pelajar-pelajar asnaf untuk mengikuti program ini menggunakan dana zakat.
 
Diharap program ini dapat memberikan manfaat dan juga bimbingan kepada para peserta program.
 

Date of Input: 22/02/2022 | Updated: 22/02/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaIAo~