LET'S INFAQ | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN) wazan
» GIVING » UPM Care Fund @WAZAN » LET'S INFAQ

LET'S INFAQ

"Budayakan Berbakti, Semoga Diberkati" 

 
 TABUNG UPM PRIHATIN [INFAK] 
 
JOM BERINFAK MELALUI TABUNG UPM PRIHATIN
 
Terlebih dahulu, didoakan semoga YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berada dalam rahmat serta kasih sayang Allah SWT. Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk perkara di atas.
 
Pihak Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) UPM ingin mengajak seluruh warga untuk merebut keberkatan waktu Subuh hari ini dengan menyumbang kepada Tabung UPM Prihatin.
 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Ketika hamba berada pada setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada yang gemar berinfak (mencari nafkah, sedekah).” (HR Bukhari dan Muslim) - tolong check kesahihan hadis ni
 
Mengapa sedekah di WAZAN?
 
Pada tahun 2025, sebanyak RM 189,595.33 telah disalurkan kepada warga UPM dan komuniti yang memerlukan merangkumi Bantuan Kewangan Pelajar (pegajian/sara diri), Bantuan Program Pelajar, Bantuan Bencana/Kecemasan, Bantuan Komuniti (Hospital Sultan Abdul Aziz Shah/sekolah/badan kebajikan/Masjid UPM). Pecahan bantun UPM Prihatin @WAZAN adalah seperti berikut : 
 
  Perkara Amaun  
 

Bantuan Kewangan Pelajar (pembelajaran/sara diri

RM 18,150.00

 
 

Bantuan Program Pelajar

RM 38,950.50

 
 

Bantuan Bencana/Kecemasan

RM 39,241..28

 
 

Bantuan Komuniti (HSAAS/sekolah/badan kebajikan/masjid)

RM 84,665.00

 
 

Bantuan Sukarelawan (Putra Bakti)

RM 1,217.62

 
 

Bantuan Staf

RM 7,370.93

 

                                                              Jumlah Keseluruhan

RM 189,595.33

 
Jadual 1: Pecahan Bantuan UPM Prihatin@WAZAN
 
Melalui sumbangan infak ini, YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./tuan/puan bukan sahaja membantu meringankan beban mereka yang memerlukan, malah menyuburkan jiwa dengan sifat pemurah.
 
“Dan apa sahaja yang kamu dermakan (infakkan), maka Allah akan menggantikannya; and Dia adalah sebaik-baik Pemberi rezeki." (Surah Saba’ : Ayat 39)
 
Kelebihan Mengeluarkan Infak:
  • Mendapat Naungan Di Hari Akhirat: Menjadi pelindung dan hujah menyelamat di sana kelak.
  • Bukti Keimanan Kepada Allah SWT: Menzahirkan rasa syukur dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi.
  • Mendapat Pahala Yang Berpanjangan: Setiap sumbangan menjadi pelaburan akhirat yang terus mengalir ganjaran pahalanya.
     
MySadaqah™ @WAZANdiHati merupakan kemudahan perbankan online untuk para dermawan menyumbang kepada mereka yang memerlukan, menerusi amalan Zakat, WakafInfak dan Sedekah
     
MySadaqah™ membolehkan para penyumbang melakukan transaksi selamat menerusi ONLINE BANK TRANSFER dan CREDIT CARD, sama ada dari dalam dan luar negara.
     

Updated:: 20/08/2026 [rizal_helmi]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
W, (09:34:15pm-09:39:15pm, 23 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]