Ziarah Ihsan Ramadan 2018 | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» Ziarah Ihsan Ramadan 2018

Ziarah Ihsan Ramadan 2018

1. Majlis Pelancaran Ziarah Ihsan Ramadan 

 

Majlis pelancaran Ziarah Ihsan Ramadan 2018 telah berlangsung di Canselori Putra,Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Program yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris telah merasmikan program Ziarah Ihsan Ramadhan pada 18 Mei 2018. Sehubungan itu, program ini bertujuan membantu pelajar miskin dan Asnaf Universiti Putra Malaysia yang kurang berkemampuan.

 

 

2. Program Ziarah Ihsan Ramadan

 

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Ziarah Ihsan Ramadan 2018. Oleh itu, program ini telah melibatkan negeri daripada zon timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang, zon utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), zon selantan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), zon tengah (Kuala Lumpur dan Selangor) juga zon Sabah dan zon Sarawak. Selain itu, seramai 136 orang pelajar miskin dan fakir telah mendapat sumbangan dalam bentuk kewangan dan barang keperluan asas daripada pihak WAZAN sepanjang program dijalankan. Semoga program ini dapat membantu keluarga pelajar miskin dan fakir untuk sama-sama menyambut kegembiraan berhari raya.

 

 

 

 

 

Updated:: 22/07/2020 [rizal_helmi]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYKA3~