Pengenalan OSEM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» Pengenalan OSEM

Pengenalan OSEM

Dapatkan keseronokan mengulangkaji pelajaran menerusi aplikasi OSEM Leading Revision App sekarang juga!

Semua ibu bapa mengimpikan kecemerlangan anak-anak dalam setiap mata pelajaran mereka. Namun begitu, pelbagai isu dan cabaran perlu dihadapi yang di antaranya adalah seperti berikut:-

  • Anak-anak lebih gemar menghabiskan masa untuk telefon pintar dengan pelbagai aplikasi "media sosial" dan "game";
  • Anak-anak kurang minat membaca buku;
  • Kos tuisyen yang agak membebankan ibu bapa;
  • Ibu bapa kurang kepakaran untuk membimbing anak-anak dalam menyelesaikan "homework" mereka;
  • Kekangan masa untuk ibu bapa menemani anak-anak dalam mengulangkaji pelajaran mereka;
  • Kesukaran ibu bapa untuk memantau aktiviti serta prestasi pelajaran anak-anak;
  • Anak-anak tidak mendapat penghargaan atas setiap ulangkaji dan "homework" yang berjaya disempurnakan; dan
  • banyak lagi.

Aplikasi OSEM Leading Revision App boleh dipasang secara PERCUMA ke dalam sebarang peranti dan semua telefon pintar dalam versi BASIC bersama Free Trial 3 lessons menerusi pautan https://osem.me/download 

Untuk menaiktaraf aplikasi  dari versi BASIC ke versi PREMIUManda perlu memasukkan PREMIUM CODE yang boleh didapati menerusi WAZAN UPM.

Hasil kajian yang dilakukan setakat ini mendapati sebanyak 95 peratus murid dan pelajar menunjukkan peningkatan prestasi pembelajaran setelah menggunakan .  

Aplikasi  dicipta oleh dua kumpulan panel penyelidik daripada Universiti Malaya (UM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama syarikat THINK OSEM SDN BHD milik muslim bumiputera.

 dibangunkan secara bersepadu untuk membantu menawan hati murid serta pelajar sekolah rendah dan menengah dalam mempertingkatkan penguasaan mereka yang merangkumi semua mata pelajaran dari tahun satu sehingga tingkatan lima.

 dilengkapi dengan "features" yang sangat mengujakan bagi menarik minat pelajar untuk terus mengulangkaji dan beradu kehandalan dalam pelajaran masing-masing.

Di antara "features" utama  adalah seperti berikut:-

  • Kumpul mata ganjaran untuk setiap "Lesson" yang disiapkan;
  • Sertai "Battle" atau "Game" dalam talian secara "live" dan kumpul mata ganjaran;
  • Tukar mata ganjaran dengan membida lelongan pelbagai hadiah menarik;
  • Dapatkan nota, kuiz dan set soalan terkini secara percuma dengan "Follow" mana-mana "Teacher" dari seluruh Malaysia;
  • Simpan "Lesson" atau "Note" yang digemari dalam bahagian "Love";
  • Sertai "Study Group" dalam ruang "Chatting";
  • Pantau prestasi pelajaran secara terperinci serta analitik; dan
  • banyak lagi.

Kesimpulannya,  merupakan aplikasi pembelajaran menerusi telefon pintar atau peranti/gajet dengan inovasi teknologi terkini yang interaktif dan menyeronokkan untuk membantu menyelesaikan semua masalah di atas.

Aplikasi  dikuasakan berasaskan tiga (3) platform utama iaitu OSEM Student, OSEM Teacher dan OSEM Reseller.

 

Kemaskini:: 21/03/2019 [nuruliman]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdWAM~