| PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)

PENGENALAN

Wakaf Ilmu UPM adalah satu cara berinfaq dan berwakaf melalui wang tunai dengan menafkahkannya ke dalam Dana Wakaf Ilmu UPM sebagai pemegang amanah dan dengan niat mewakafkannya selama-lamanya kerana Allah S.W.T . demi kepentingan dan kemajuan ilmu.

Dalam konteks Universiti, dana wakaf ilmu UPM bermaksud inisiatif program penjanaan dana di UPM yang menggunapakai kaedah wakaf melalui sumbangan individu, sumbangan korporat, koperasi dan badan bukan kerajaan, pulangan dari hartanah wakaf, hasil projek sektor pertanian dan perladangan, hasil projek sektor perindustrian dan pulangan portfolio pasaran wang dan modal bertujuan untuk mewujudkan suatu infrastruktur jangka panjang yang lestari bagi memenuhi sebahagian keperluan dan pembiayaan aktiviti akademik melibatkan Warga UPM.


MATLAMAT DANA WAKAF ILMU UPM

  • Menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan dana wakaf dan derma.
  • Menyuburkan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk melaksanakan aktiviti kebajikan dan beramal jariah.
  • Memainkan peranan sebagai pemudahcara dan pengurus amalan kebajikan dan dakwah.


Selain daripada terlibat dan menjadi penggerak serta penganjur kepada kelestarian amalan sedekah jariah dan berinfak. Menerusi inisiatif ini, Universiti juga dapat menjana dana dari sumbangan berwakaf atau endowmen (dalam bentuk sumbangan derma dan hadiah). Sumbangan dana wakaf dan infaq/endowmen ini dapat disalurkan kepada pembangunan aktiviti akademik dan pengimarahan ilmu di Universiti.

Inisiatif ini juga akan membolehkan universiti menerima sumbangan dana melalui sumbangan tunai dan dimanfaatkan kepada pembiayaan perolehan fasiliti dan kemudahan yang diperlukan bagi aktiviti akademik, pembangunan pelajar dan penyelidikan. Tambahan pula, perolehan dana wakaf dan infaq, selain daripada dapat menggembeling sumbangan semua peringkat warga kampus, alumni dan masyarakat serta badan korporat, dalam jangka panjang, Universiti juga dapat menyemarakkan lagi penyertaan masyarakat secara berkongsi dan beramal jariah bagi menampung keperluan pembiayaan aktiviti akademik, penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM.

Walaupun penjanaan dana ini menggunakan konsep wakaf, penerimaan sumbangannya bukan terhad untuk diperolehi daripada individu dan organisasi milik orang Islam sahaja. Individu dan organisasi milik bukan Islam juga terbuka dan boleh memberi sumbangan kepada tabung ini. Perkara ini selaras dengan matlamat program penjanaan dana bertujuan menggembeling sumbangan masyarakat keseluruhannya dalam bentuk derma dan endowmen bagi pemajuan dan pengimarahan ilmu di Universiti, dan manfaatnya bakal dinikmati oleh semua tanpa mengira Agama.

Dana ini juga akan digunakan untuk aktiviti dan projek khusus yang berkaitan dan dapat menambahbaik bukan sahaja kepada pengimarahan dan peranan institusi wakaf, malahan turut dapat memberi impak kepada input kekal bagi pengimarahan dan pemajuan ilmu seperti pembinaan fasiliti akademik / pembelajaran, projek khusus dan kemudahan amali pelajar (seperti wakaf pokok (pembangunan semula tanaman seperti projek ladang / dusun), wakaf prasarana penyelidikan dan penerbitan, projek penginapan musafir dan lain-lain.

Semoga Allah S.W.T menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada warga UPM di atas segala amal kebajikan yang dilakukan. Amin

TEMPORARY

PENGENALAN

Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf telah ditubuhkan pada Ogos 2008 yang dahulunya dikenali sebagai Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian di bawah Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar.

Berperanan dalam memberi bimbingan dan nasihat yang berkaitan dengan akidah, ibadah, dan kerohanian kepada warga UPM.

Bertanggungjawab mengutip dan mengumpul zakat daripada staf UPM dan warga sekitar.

Mengagihkan kutipan zakat sebanyak 50% daripada jumlah kutipan kepada asnaf yang dibenarkan (terdiri daripada kalangan pelajar dan staf UPM) melalui perjanjian antara UPM dengan Lembaga Zakat Selangor.
 

OBJEKTIF

  • Memudahkan staf Universiti Putra Malaysia untuk membayar zakat.
  • Memberi keyakinan kepada pembayar-pembayar zakat mengenai zakat yang mereka keluarkan.
  • Melaksanakan agihan zakat seperti mana perintah Allah S.W.T.
  • Memberi bantuan kewangan kepada warga UPM melalui bantuan kewangan individu, bantuan kewangan bulanan dan bantuan tajaan program.
  • Menyalurkan agihan zakat dengan lebih efisyen.
  • Mempelbagaikan bentuk agihan zakat sesuai dengan keperluan semasa asnaf.
  • Menganjurkan program-program pembangunan sahsiah diri bagi mencapai kecemerlangan dari segi rohani dan jasmani warga UPM.
  • Menyebarkan ilmu dan syariat Islam melalui penulisan risalah penerbitan buku-buku, majalah, dan sebagainya.

TEMPORARY

C1506294177