|
MARHABAN YA RAMADAN 1445H |
BULAN Ramadan bulan yang penuh keberkatan dan banyak manfaat bagaikan butiran permata yang sangat berharga kerana semua perbuatan kita (yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT) seiringan dengan amalan berpuasa akan menjadi ibadah berpahala yang balasannya berlipat kali ganda dari Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa"
(Surah Al Baqarah, ayat 183) Sebagai bulan meningkatkan ibadah dan bulan memperolehi ganjaran berlipat kali ganda, banyak amal baik yang boleh kita cuba lakukan dan berazam untuk meneruskannya dengan istiqamah agar ia dapat mengubah diri daripada tidak baik kepada baik, daripada baik kepada lebih baik. “Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan”(Surah Al Baqarah, ayat 110) Oleh itu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa kepada seluruh warga UPM, rakan-rakan strategik dan para pelanggan WAZAN yang beragama Islam. WAZAN UPM mengajak anda untuk menunaikan zakat dengan menekan pautan di bawah. |
|
Date of Input: 12/03/2024 | Updated: 12/03/2024 | rizal_helmi
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Open: Monday - Friday.
Close: Saturday, Sunday and Public Holiday.