Jom Tunai Zakat @WAZAN UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» [ MYSADAQAH ] » Jom Tunai Zakat @WAZAN UPM

Jom Tunai Zakat @WAZAN UPM

Jom tunai zakat di sini:
 
Tabung Amanah Zakat diuruskan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM). Pengurusan Zakat di UPM menggunapakai Perjanjian Pelantikan Penolong Amil antara UPM dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkaitan pengurusan kutipan dan agihan zakat. Tugas utama adalah mengutip zakat daripada staf UPM menerusi potongan gaji dan kutipan di kaunter seterusnya mengagih-agihkan dana agihan zakat yang dikembalikan oleh LZS kepada asnaf yang dibenarkan.
 
Selain itu, WAZAN UPM juga berperanan untuk mengurus dan memanfaat potensi kutipan dan mengagihan dana zakat dengan efisyen, efektif dan berkualiti berdasarkan nilai-nilai terpuji, selaras dengan tuntutan syarak untuk mencapai keseimbangan dan kebajikan warga UPM.
 
Tabung Amanah Zakat UPM melaksanakan pengagihan zakat berdasarkan kepada perjanjian di antara UPM dengan LZS di mana UPM hanya dibenarkan untuk mengagihkan zakat kepada lima asnaf sahaja daripada lapan asnaf yang ada iaitu:
  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Muallaf
  4. Fisabilillah
  5. Ibnu Sabil
Untuk melaksanakan agihan Tabung Amanah Zakat, terdapat beberapa jawatankuasa yang dilantik untuk merealisasikan objektif yang dirancang.
 

 

Kemaskini:: 12/03/2024 [nuriqra]

PERKONGSIAN MEDIA

SXENOAl~