WAZAN UPM HADIRI MESYUARAT PENGURUSAN ZAKAT IPT NEGERI SELANGOR
BANGI, 29 Feb - WAZAN UPM hadiri Mesyuarat Pengurusan Zakat IPT Negeri Selangor bagi tahun 2024 yang diadakan di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia selasa lalu.
Mesyuarat yang diadakan setiap empat bulan ini adalah bertujuan untuk meneliti skop kutipan dan agihan zakat di IPT Negeri Selangor disamping pengurusan program pembangunan asnaf yang dijalankan oleh Lembaga Zakat Selangor mahupun yang dianjurkan oleh penolong amil IPT.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Mohd Zaki Abdul Rahim, Eksekutif Pengurusan Zakat, LZS ini turut membincangkan peranan yang dimainkan oleh penolong amil IPT Negeri Selangor dalam merangka strategi baharu dalam mempertingkatkan kutipan zakat bagi keseluruhan IPT Negeri Selangor.
UPM diwakili oleh En Mohd Rizal Helmi A Razak dan En. Mohd Tarmizi Mohd Tamami yang mewakili Pengarah WAZAN dan Ketua Seksyen Kutipan dan Promosi WAZAN UPM. Turut hadir dalam mesyuarat mesyuarat ini ialah Eksekutif Pembangunan Insan dan Ekonomi, LZS En. Hilmy Izuan serta pegawai-pegawai zakat IPT Negeri Selangor.
Date of Input: 29/02/2024 |
Updated: 29/02/2024 | rizal_helmi
MEDIA SHARING