WAZAN UPM AGIH SUMBANGAN SARAPAN PERCUMA KEPADA PELAJAR MELALUI 'PROGRAM BREAKFAST DULU B4 EXAM' | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN UPM AGIH SUMBANGAN SARAPAN PERCUMA KEPADA PELAJAR MELALUI 'PROGRAM BREAKFAST DULU B4 EXAM'

WAZAN UPM AGIH SUMBANGAN SARAPAN PERCUMA KEPADA PELAJAR MELALUI 'PROGRAM BREAKFAST DULU B4 EXAM'

UPM SERDANG, 9 Feb - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia mengagihkan sumbangan sarapan percuma kepada pelajar-pelajar UPM melalui Program 'Breakfast Dulu B4 Exam'.
 
 
Program yang dijadualkan pada 8 & 9 Februari 2024 ini telah melibatkan lebih kurang 1,000 pek sarapan pagi untuk diagihkan kepada para pelajar di perkarangan Dewan Besar, Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Kompleks Akademik A dan persekitaran UPM yang akan menduduki peperiksaan akhir semester.
 
 
Objektif penganjuran ini ialah bertujuan untuk memberikan kesedaran terhadap kepentingan mengambil sarapan kepada pelajar, memberikan sarapan percuma melalui sumbangan orang ramai dan memastikan pelajar mengambil sarapan sebelum memasuki peperiksaan akhir semester bagi memastikan pelajar memberikan tumpuan dalam menjawab soalan.
 
 
 
Menurut pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, "program yang WAZAN UPM buat ini adalah untuk memastikan pelajar mengambil sarapan sebelum menduduki peperiksaan, supaya pelajar sedar akan kepentingan ambil sarapan (paling penting) dan WAZAN UPM hendak berikan kepada pelajar hasil daripada sumbangan orang untuk menjayakan program ini", katanya ketika ditanya berkenaan kepentinga penganjuran program Breakfast Dulu B4 Exam ini.
 
 
"WAZAN UPM akan menjalankan program ini sebnyak dua kali setahun iaitu pada setiap peperiksaan akhir semester bagi mamastikan pelajar-pelajar UPM dapat menikmati makanan percuma melalui sumbangan UPM Prihatin dan Zakat Korporat", katanya. 

Date of Input: 13/02/2024 | Updated: 13/02/2024 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdGAv~