SEMINAR BICARA DARI HATI TERIMA SAMBUTAN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » SEMINAR BICARA DARI HATI TERIMA SAMBUTAN

SEMINAR BICARA DARI HATI TERIMA SAMBUTAN

SEMINAR BICARA DARI HATI TERIMA SAMBUTAN
 
 
UPM serdang, 31 Dis- Program Seminar Bicara dari Hati yang berlangsung pada 6 Disember lalu telah menerima sambutan hangat dari para peserta. Ia memenuhi jumlah target audiens meskipun program bermula jam awal pagi.
 
 
Para jemputan yang terlibat untuk memeriahkan suasana program ini terdiri dari orang-orang hebat iaitu Ustaz Bazli UNIC, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Wan Akashah serta PU Amin. Wajar sekali untuk menerima sambutan hangat dari penonton kerana penglibatan orang-orang hebat ini dalam berkongsikan ilmu.
 
 
Slot yang dibuat juga peka dengan keadaan sekeliling menjadikan program ini relevan sepertimana Slot pertama bernama Solidariti Palestine yang melibatkan Ustaz Bazli UNIC  telah mengalunkan zikir Munajat, Qunut Nazilah serta Nyanyian Nasyid bertajuk Bintang Syurga. 
 
Seterusnya, slot kedua bernama The Real Healing yang disampaikan oleh penceramah terkemuka dan hebat iaitu Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah yang mengupas lanjut mengenai apa maksud “healing”  yang sebenar dalam kalangan peserta.
 
 
Memandangkan seminar ini dianjurkan bersempena dengan Bulan Zakat dan Wakaf UPM yang berlangsung bermula dari bulan November sehingga Disember 2023, maka slot ketiga pula telah diselitkan dengan Majlis Perasmian Bulan Zakat dan Wakaf (BWZ) 2023 di mana disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor UPM iaitu Prof. Dr. Ismi Arif Ismail.
 
Slot terakhir pula disampaikan oleh bekas peserta program Pencetus Ummah iaitu PU Amin di mana perkongsiannya bertajuk Saham Dunia, Dividen Peribadi yang jelas membuka mata pendengar mengenai wakaf dan zakat.
 
 
Sepanjang seminar juga, pihak Wazan juga ada memaparkan klip video aktiviti-aktiviti Wazan sepanjang tahun serta penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan poster dan video begitu juga cabutan bertuah. - Nur Iqra, Wazan
 
 
 

Date of Input: 31/12/2023 | Updated: 09/01/2024 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdEA2~