Pihak Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia mengucapkan selamat bersara kepada En. Zainurin Kamal Bahrin atau lebih mesra dengan nama Abang Din bermula 3 Januari 2024 yang lalu.
Abang Din telah berkhidmat di UPM lebih daripada 30 tahun merupakan seorang pemandu yang cukup disegani dan rapat dengan ahli keluarga WAZAN UPM yang merupakan PTJ terakhir yang beliau berkhidmat sebelum beliau menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam.
Pengarah dan seluruh warga WAZAN UPM mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa akan datang kepada Abang Din. Segala jasa yang bakti yang dicurahkan kepada WAZAN UPM amatlah dihargai dan diucapkan sedalam-dalam terima kasih.
Date of Input: 08/01/2024 |
Updated: 08/01/2024 | rizal_helmi
MEDIA SHARING