UPM SERDANG, 2 OGOS - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM bersama-sama Jabatan Pengurusan Ejensi,
Lembaga Zakat Selangor menjalan aktiviti Road Tour Penolong Amil IPT yang berlangsung secara dalam talian semalam. Program ini bertujuan memantau segala aktiviti kutipan dan agihan zakat yang berlaku dalam tempoh setengah tahun Januari - Jun yang lalu dan sasaran pada bulan Julai - Disember 2021.
Sesi ini juga bertujuan untuk merangka beberapa strategi bagi mempertingkatkan kutipan zakat melalui skim potongan gaji (SPG) dan melalui kaunter kutipan. Disamping itu sasaran peratus agihan zakat kepada staf dan pelajar turut dibincangkan.
Antara yang hadir ke sesi tersebut ialah Pengarah WAZAN UPM, Dr Haji Razali Othman, Pegawai-pegawai Lembaga Zakat Selangor, En. Hairulazlan Ramlan, En. Mohd Zaki Bin Abdul Rahim dan pegawai-pegawai WAZAN yang berkaitan zakat iaitu En. Muhamad Asyraf Arshad dan En. Mohd Rizal Helmi A Razak.
Date of Input: 03/08/2021 |
Updated: 03/08/2021 | rizal_helmi
MEDIA SHARING