RMCO Ziarah Ihsan Pelajar Asnaf Program Started | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » RMCO Ziarah Ihsan Pelajar Asnaf Program Started

RMCO Ziarah Ihsan Pelajar Asnaf Program Started

UPM SERDANG, 20 OGOS – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan Program Ziarah PKPP Asnaf bagi tahun 2020 yang melibatkan seramai 123 pelajar asnaf UPM di 14 buah negeri di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak bermula 20 Julai hingga 4 Oktober 2020 ini.

 

Selain melihat sendiri situasi sebenar kehidupan pelajar asnaf di kampung halaman mereka, program Ziarah Ihsan PKPP ini juga dibuat dengan tujuan untuk mengagihkan bantuan tambahan, khususnya mereka yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac – 12 Mei 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 13 Mei – 10 Jun 2020 yang lalu.

 

Sukarelawan-sukarelawan Ziarah Ihsan PKPP WAZAN telah diminta untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP seperti mana yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Menurut Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim, Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf selaku Pegawai Penyelaras program ziarah ihsan ini, “pelaksanaan program ini berjalan secara teratur agar segala SOP sepanjang PKPP dipatuhi dengan memastikan semua sukarelawan yang melawat serta pelajar yang diziarahi berada dalam keaadan sihat”.

 

“Sewaktu melawat keluarga pelajar di rumah mereka, kami memastikan semua sukarelawan memakai pelitup muka (facemask) dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer), melakukan penjarakan sosial ketika bergambar dan mengimbas kod QR yang disediakan disetiap rumah yang bakal dikunjungi”, tambahnya lagi.

 

 

Pelajar-pelajar asnaf yang terpilih ini akan diberikan bantuan wang tunai sebanyak RM1,000.00 menerusi dana agihan zakat UPM dan barangan keperluan yang disumbangkan oleh Pesatuan Pentadbir UPM (PPUPM).

Date of Input: 20/07/2020 | Updated: 23/07/2020 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEbBAP~