PROGRAM PENINGKATAN ZAKAT MELALUI ROADSHOW KE FAKULTI
UPM SERDANG, 15 APRIL - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM menjalankan Roadshow ke Fakulti bagi memperkasakan zakat, wakaf dan sedekah.
Pemerkasaan ini susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditamatkan bermula 1 April 2022 yang membolehkan aktiviti dijalankan oleh Pusat Tanggungjawab secara bersemuka.
Pihak WAZAN UPM menjalankan aktiviti roadshow ini di empat fakulti yang terpilih antaranya Fakulti Sains Teknologi Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM bermula 1 April hingga 30 April 2022.
Penganjuran sesi ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kutipan zakat, wakaf dan sedekah disamping tawaran kepada aspek agihan bantuan kepada para pelajar di setiap fakulti.
Date of Input: 26/04/2022 |
Updated: 06/09/2022 | rizal_helmi
MEDIA SHARING