KUALA SELANGOR, 4 MAC - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama-sama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM telah menziarahi keluarga saudara Muhammad Nazirul Mubin Bin Bakhtiar Tuah, pelajar tahun 4, Bacelor Sains Fizik yang telah meninggal dunia di sini Jumaat lalu.
WAZAN UPM diwakili oleh Pn. Syazana Mazturah bersama-sama wakil, BHEP, wakil Fakulti Sains dan Felo Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Syah (KOSASS), UPM yang terus menziarahi almarhum Muhammad Nazirul dikediaman keluarganya di Bandar Puteri, Ijok, Kuala Selangor. Almarhum Muhammad Nazirul dikhabarkan meninggal dunia pada Jumaat lalu kerana mengalami kanser Limfoma sejak Februari 2024.
WAZAN UPM telah memberikan sumbangan berbentuk bantuan segera kepada keluarga Almarhum Muhammad Nazirun. Sumbangan disampaikan oleh Pn. Syazana kepada Ibu Muhammad Nazirun ketika berada dikediaman mereka.
Date of Input: 04/03/2024 |
Updated: 04/03/2024 | rizal_helmi
MEDIA SHARING