UPM, 20 Februari 2019 – Kerjasama erat antara WAZAN bersama PTJ UPM terus diperkasa.Kali ini, pertemuan WAZAN bersama Taman Pertanian Universiti (TPU) telah dilaksanakan. Tidak dapat dinafikan, TPU merupakan pusat tanggungjawab yang memiliki ramai pakar dalam pertanian dan penternakan. Oleh itu, WAZAN melihat potensi besar yang dapat disumbangkan oleh TPU dalam melestarikan lagi amalan wakaf khususnya di UPM. Hal ini kerana, hasil pertanian dan penternakan sudah pasti mampu memberikan hasil yang baik kerana banyak ruang yang belum lagi diterokai.
Sehubungan itu, WAZAN turut bertekad membantu TPU berasaskan sumber dana wakaf dalam pembangunan pertanian dan penternakan. Sejajar dengan itu, fokus perbincangan juga menjurus kepada persoalan bagaimana WAZAN membangunkan wakaf khas bersama pihak TPU. Sekiranya, usaha WAZAN-TPU dapat dilaksanakan pasti hasil pertanian ini bukan sahaja berkualiti tinggi tetapi juga halal daripada aspek proses dan sumbernya. Maka, WAZAN bersama TPU bersetuju untuk membentuk pasukan bagi meneliti kemampuan projek pertanian dan penternakan. Kerjasama ini juga bakal menjadi usaha sama pertama bagi kedua-dua belah pihak.
Date of Input: 04/03/2019 | Updated: 04/03/2019 | m.jazmi
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Open: Monday - Friday.
Close: Saturday, Sunday and Public Holiday.