Bulan Ramadan merupakan bulan yang diwajibkan keatas umat islam untuk menunaikan zakat fitrah. Namun, umat islam juga adalah dituntut untuk menunaikan zakat harta ketika bulan Ramadan yang merupakan bulan afdhal.
Bulan Ramadan juga merupakan bulan untuk umat islam menyantuni mereka yang dikategorikan sebagai asnaf. Oleh sebab itu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen menjalankan pelbagai bentuk bantuan sepanjang bulan ramadan bagi memberikan peluang mereka yang menunaikan zakat di WAZAN mendapat ganjaran pahala.
Aktiviti-aktiviti bantuan yang diuruskan oleh WAZAN UPM ialah seperti bantuan kewangan/sara diri kepada staf dan pelajar, penganjuran program Jom Balik Raya, program Jangan Skip Sahur, program sumbangan juadah berbuka puasa dan banyak lagi. – WAZAN UPM
Date of Input: 30/04/2023 |
Updated: 18/01/2024 | rizal_helmi
MEDIA SHARING